Saturday, October 31, 2009

Kek Prune Kukus


Kali ni kongsi resipi Kek Prune Kukus yang dibuat beberapa hari yang lepas. Selalunya Kek Prune ni aku bakar tapi aritu teringin nak cuba versi kukus. Resipi tak ingat amik drp mana, memang agak mudah aje nak membuatnya dan hasilnya memang sedap. Terima kasih kpd tuan empunya resipi. Mailah pakat2 cuba membuatnya...

KEK PRUNE KUKUS

Bahan:
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan gula halus - kalau tak suka manis, boleh kurangkan sedikit
1/4 cawan susu pekat manis
340gm prune sunsweet- asingkan 10 biji...5 biji untuk hiasan dan 5 biji lagi hiris kasar.
1/2 cawan air
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:
  1. Didihkan air kukusan
  2. Kisarkan prune dengan 1/2 cawan air tadi. Jangan terlalu halus.
  3. Ayak tepung + soda - ketepikan.
  4. Putar butter + gula + susu sehingga sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu. Putar seminit setiap kali telur dimasukkan...nak bagi telur tu betul-betul sebati.
  6. Masukkan prune yang telah dikisar tadi, sebatikan.
  7. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  8. Masukkan pula prune yang telah dihiris kasar...yang ni aku tertinggal, sbb tu kat dalam kek tu tak nmpk prune.
  9. Griskan loyang, tuang adunan dan susunkan prune. Tutup loyang dengan aluminium foil...untuk mengelakkan air menitis ke dalam kek.
  10. Kukus kek selama 1 1/2 jam.


Sunday, October 25, 2009

Kisahnyaaaa.....


Chocolate Moist
7in @ 1kg

Lawak pun ada, geram ngan diri sendiri pun ada... punyelah bangun seawal jam 4.30pagi ni nak mendeko kek untuk Kak Syikin ni. Takut tak sempat nak hantar sebab nak bergegas ke Tasek Gelugor pula untuk hadiri mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi. Ambil masa lebih kurang 1/2 jam juga dari Kulim untuk ke sana...itupun sekiranya tak banyak kenderaan. Aku bajet kul 7 kena kluar rumah, singgah kat skolah hantar kek ni dan terus ke TG. Tapi terlewat sikit, kul 7.10 baru kluar. Sampai skolah, aku tinggalkan kek kat atas meja Kak Syikin sebab dia tak ada di bilik guru. Masa nak kluar, Tan Kean Hoe pula panggil nak beritahu mengenai bengkel yang unit uniform kami kena hadiri....alaa...aku dah lambat ni... Tapi dia tahu yang kami berdua tak dapat hadir/urus sbb terlibat ngan 'marking paper'. Aku tanya, dia tak pi meeting hari ni ke...(kami sama-sama marking paper cuma lain2 subjek). Tan kata, dia punye meeting esok, ikut hari kerja Penang, aku iyekan ajer. Sebab nak cepat, aku tak sembang lama...terus masuk kereta. Masa nak start enjin, aku baru sedar...ehh...aku pun Penang gak, trus tgk tarikh kat jam tangan...laaa...arini baru 25hb. Meeting 26hb....kuang,kuang,kuang...mujurlah tak sampai ke TG lagi, kalau tak dah membazir minyak kereta yang aku baru isi penuh malam tadi(...untuk ulang alik selama 4hari ke TG tuuu...) Makanya, aku pun terus belok untuk balik ke rumah...on internet dan buh N3 nii....Okay lepas ni nak 'cover' masa-masa yang aku bangun seawal pagi tadi...hehehe...

Saturday, October 24, 2009

Bunga-bunga...


Kek Span With Blueberry Filling
10in @ 2kg

Dah lama teringin nak buat deko yang penuh ngan bunga-bunga cenggini. First time tgk deko ni kat blog Yatt...cantik dan kemas dekonya. Second time tgk dalam buku Decorating Cakes (Wilton). Hari ni dapat juga mencuba deko ni. Kena praktis lagi ni. Oh, lupa!....kek ni dioder oleh Kak Miza untuk jamuan ahli2 Pusat Sumber sekolah aku...biasalah dah penghujung persekolahan ni, banyaklah jamuan yang dibuat oleh kelab dan persatuan sekolah sbb nak habiskan fund depa tahun ni...seronok budak-budak ni. Terima kasih Kak Miza dan PSS.

Happy Birthday Aina dan Arfa


Kek Span Coklat
11x8in @ 2kg

Oder kali ni datangnya daripada Wan....customer lelaki yang kedua. Dia minta buatkan kek span coklat untuk hari lahir anak-anaknya. Sambut serentak birthday girl ni tetapi tarikh lahir mereka beza minggu je. Terima kasih buat Wan sekeluarga.

Friday, October 23, 2009

Kek Karot lagi....


Kek Karot toping with cream cheese
7in @ 600gm

Ini oder drp Fizah. Kalau ikutkan yang ni dah kira delayed oder sbb, asalnya untuk last week skali ngan kek cheese oreo.Tapi Fizah minta tunda sbb takut tak abis makan kedua-duanya. Cuma kali ini kek keret ni kurang lengkap sbb walnut out of stock. Mulanya ingatkan ada lagi, rupa-rupanya dah abis. Nak pi beli pun tak sempat dah so terpaksalah guna keret saja...tapi sblm tu call Fizah sama ada dia nak gak kalau tak ada walnut, dia okey jer...siap tanya aku lagi walnut tu amende....hehehe. Apapun terima kasih daun keladi ya Fizah.

Jamuan makan-makan...

Carrot Cake toping with Cream Cheese
11 x 8in @ 2.5kg



Pandan Layer
12.5in x 8in @ 3kg

Kedua-dua kek kat atas ini dioder oleh Kak CT Zaharah untuk jamuan makan2 anjuran cikgu-cikgu skolah aku yang dapat 'durian runtuh'....terima kasih kepada mereka atas oder ini dan terima kasih juga sebab dapat gak aku makan nasi dagang....hehehe. Itulah bagusnya dapat kengkawan yang sentiasa menyokong biz aku ni....alhamdulillah.

Sunday, October 18, 2009

Chocolate Ball @ Truffle

Kali ni nak berkongsi resepi mudah atau resipi 'recycle'. Sapa2 yang ada lebihan kek atau dah muak makan kek yang buat semalam...bolehlah recycle untuk buat truffle ni. Tapi kalau nak sedap, gunalah kek coklat moist. Tapi yang ini aku guna kek span coklat jer. Kebetulan ada member oder kek birthday untuk anaknya. Yang aku ni, balik skolah terus je baking kek sbb takut tak sempat...kebetulan nak siapkan oder untuk Kak Norida dan Fizah. Member aku ni pula kata nnt malam dia nak sms wording yang nak tulis atas kek tu. So aku ingat confirm jadi. Aku pula bila dah kat rumah memang jarang belek henset...tapi tah cam mana sblm nak tidur kul 12mlm, tergerak lak nak tengok sms kawan aku ni..."postpone dulu, nak wat skali ngan kakak dia next week".... Maka daripada terbazir kek ni, aku pun recycle lah menjadi truffle ni. Dapat banyak biji gak lah...yelah kek 0.5kg youuu... Ok ni cara buatnya:

ChocBall @ Truffle

500gm kek coklat
Jem stroberi- ikut suka banyak mana, aku guna lebih kurang 1/2 cwn
50gm butter - cairkan
Coklat rice secukupnya
Papercup

Cara2nya:
  1. ramas kek hingga hancur seperti breadcrumb.
  2. masukkan butter cair dan jem, gaul rata - pastikan adunan agak2 lembab
  3. ambil sedikit adunan dan kepal bulat-bulat
  4. golekkan ke atas coklat rice dan tekan2 sikit agar coklat rice tu lekat elok kat chocball tu.
  5. masukkan ke dalam papercup - hidangkan
  6. boleh juga disejukkan dulu sebelum makan

Friday, October 16, 2009

Cheesecake

Oreo Cheesecake
7in @ 800gm


Oreo Cheesecake
6inci @ 700gm

Kedua-dua ciskek kat atas ni oder drp Kak Norida dan Fizah...untuk makan cuti-cuti hujung minggu yang panjang sempena deepavali. Mula-mula kak Norida yang oder dulu, bila dengar oleh si Fizah, dia pun tumpang sekaki. Lagipun senang, kedua-duanya nak kek cheese yang sama...cuma kak Norida punye ciskek besar sikit drp ciskek Fizah sbb anaknya besar2. Apa pun terima kasih banyak-banyak.

Tuesday, October 6, 2009

Kek Karot

8inci


9inci

Kedua-dua kek karot ni ditempah oleh Lina. Saiz 9 inci tu untuk diberikan kepada guru-guru tadika anak-anaknya dan yang bulat tu untuk makan2. Terima kasih bebanyak Lina.

Monday, October 5, 2009

Diana, Halieza & Syafiq....


Kek Span Coklat
14 x 9 inci @ 2kg

Seperti biasa, oder ni daripada Cikgu Faridah untuk birthday anak2 muridnya cum sambutan hari raya bersama-sama waris pelajar-pelajar. Cikgu Faridah request cam biasa, saiz 1kg. Tapi bila dia kata untuk majlis sambutan raya, maka dengan gembiranya kubuatkan saiz ni....sedekah dan juga sebagai tanda terima kasih atas sokongannya. Boleh dikatakan hampir setiap bulan Cikgu Faridah menempah kek dgn aku...terima kasih banyak-banyak.

Tuesday, September 29, 2009

Carrot Cupcake


Carrot Cheese Cupcake
25pc
Tempahan kek carrot ni datangnya daripada Haida. Minggu pertama puasa lagi dia booking tarikh, nak ambil pada raya keempat. Masa jumpa, baru tau, rupa2nya adik Haida ni exstudent suamiku. Terima kasih banyak2 ya Haida.

Kek-Kek Sebelum Raya

Oreo Cheese Cake(chilled)
8inci @ 1.16kg
Ini pula kek Cheese Oreo (chilled) tempahan drp Isfa. Terima kasih Isfa, harap menepati citarasa.

Kek Span Coklat
10inci @ 1.8kg
Oder drp Noriah untuk birthday suaminya.

8inci@ 1.5kg
Kek Carrot ni pula oder drp Hedayah.

9inci @ 2kg++
Pandan Layer oder drp Kak Azimah dan Iyta (tokey iyta frozen food). Terima kasih daun keladi.

Monday, September 21, 2009



Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini, teman-teman blogger dan semua pelanggan PRETTY LITTLE CAKE.

Friday, September 4, 2009

PUTERI MANDI


Salah satu juadah pencuci mulut yang perlu ada dalam bulan puasa. Baru selesai buat ngan anak dara ku yang sorang ni. Memang suka sangat dengan masakan pantai timur ni. Sapa2 yang rajin boleh cuba buat, mudah aja.

Puteri Mandi

Bahan A:
2 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya
pewarna makanan

Bahan B:
1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
garam secukupnya
2 helai daun pandan

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
  3. Sementara tu didihkan setengah periuk air.
  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
  5. Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  6. Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  8. Masukkan 'puteri-puteri' yang telah ditoskan tadi dan gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan.
  9. Sedap dihidang untuk minum petang pada hari biasa dan pada waktu berbuka nanti.

Wednesday, September 2, 2009

Ketupat Sotong


Semalam pi pasar malam, terjumpa ngan sotong saiz XXL. Terus terbayang dalam kepala nak buat ketupat sotong. Sotong saiz ni memang sesuai sangatlah, sbb sotong ni kalau dimasak akan mengecut. So kalau saiz besar ni memang elok je duk dalam pinggan dan puas makan. Lagipun dah lama anak dara sorang ni minta buatkan ketupat sotong. Ini style Kelantan...tapi saya olah sikit ikut selera.

KETUPAT SOTONG

Bahan2:
700gm sotong xxl (lebih kurang 4ekor)
1/2 cwn beras pulut - rendam, cuci dan toskan
1 ketul gula melaka - kalau suka manis boleh tambah
200ml santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 batang pencungkil gigi

Cara-cara:
  1. Bersihkan sotong, tapi jangan buang tulangnya.
  2. Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong, lebih kurang 1/3 penuh. Beras pulut tadi pun akan ada baki sedikit....don't worry.
  3. Ambil janggut/kepala sotong tadi, masukkan ke dalam sotong. Sematkan dengan pencungkil gigi.
  4. Sementara tu didihkan gula melaka dan air hingga larut.
  5. Masukkan sotong tadi ke dalam periuk air gula melaka. Masak lebih kurang 10 minit, hingga sotong sedikit mengecut, keluarkan sotong dan ketepikan dahulu.
  6. Masukkan lebihan beras pulut ke dalam kuah sotong tadi dan masak hingga pulut kembang...baru masukkkan ketupat sotong tadi, santan,garam, serta daun pandan. Sekiranya perlu, tambahkan sedikit air agar sotong tenggelam.
  7. Tutup periuk dan jerang menggunakan api yang kecil sehinggalah kuahnya pekat sedikit....kacau sekali-sekala.
p/s: kalau nak cepat, boleh juga kukus/tanak dahulu pulut. Kemudian sumbatkan saja ke dalam sotong. Style yg saya buat kat atas tu, ada pulut juga dalam kuahnya. Memang sedap...bagi sayalah. Tapi kalau cara sebenarnya, tak perlu masukkan beras pulut yang lebih tu. So terpulang kepada citarasa memasing.