Saturday, March 9, 2013

KEK KUKUS HAWFLAKES (ASAM MANIS)

Dah lama sangat tak update blog ni...memang tak berkesempatan dan sudah jarang-jarang memasak. Kalau masak pun, resipi yang biasa-biasa saja. Tapi hari ni, curi masa juga untuk mencuba resipi kek ni. Tengok di blog teman-teman blogger nampak macam sedap. Tambahan pula asam hawflakes yang ada dalam stok menghampiri tarikh expired ( hujung bulan 5)...masa beli dulu punya bersemangat nak buat kek lapis asam manis. Tapi bila dikekang oleh kerja yang bertimbun, kita tukar resipi menjadi kek kukus asam hawflakes ni...sebab senang, lepas adun terus kukus. Tak payah nak melapis segala bagai...memang bukan dalam zon rajin sekarang nih...:) Cubalah memang sedap kek ni. Gambar kejap lagi upload...kek masih mandi wap...hehehe.


KEK KUKUS ASAM HAWFLAKES/ASAM MANIS/ASAM GAMBIR

Bahan-bahan:
  • 325gm butter - saya guna 250gm butter + 75gm marjerin
  • 220gm gula kastor - kalau nak manis boleh tambah
  • 300gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • kepingan asam hawflakes secukupnya - potong halus
Cara-caranya:
  • Sediakan loyang yang telah digris dengan mentega dan tabur sedikit tepung...kalau rajin, potong kertas baking untuk alas.
  • Panaskan kukusan.
  • Pukul butter + gula + vanila hingga gebu.
  • Masukkan telur satu demi satu, setiap kali masukkan telur pukul adunan selama lebih kurang 1minit sebelum dimasukkan telur yang lain.
  • Masukkan tepung, kacau sebati.
  • Masukkan asam manis yang telah dipotong tadi.
  • Tuang ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukuslah selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.

No comments: