Showing posts with label kek carrot. Show all posts
Showing posts with label kek carrot. Show all posts

Friday, January 22, 2010

Kek Carrot

Kedua-dua kek karot ni merupakan tempahan awal minggu Januari 2010.
Carrot cake with cream cheese toping
10in @ 1.6kg



Carrot Cake with cream cheese
8in @ 1kg

Monday, November 23, 2009

Kek-kek Sebelum Cuti

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update N3. Dalam pada sibuk-sibuk tu, dapat jugalah penuhi ketiga2 oder ni. Cuma tak sempat nak upload dalam blog. Sekarang ni cuma lapang sikit je. Start 9hb Dis ni, kembali sibuk ngan tugas2...biasalah cikgu sekarang ni, namanya je cuti skolah, tapi kerja skolah tetap ada.



Kek carrot ni oder drp Mdm Anna untuk majlis harijadi kawan-kawannya.
Kek Carrot with Creamcheese Frosting
2.6kg



Ini pula oder drp Norul Hyda untuk birthday Arieq Zafri.
Kek Coklat Moist with Ben10 edible
2kg


Kek ini pula, dioder oleh jiranku, Linda, untuk birthday anaknya Fatin. Kek ini ada 2 flavour, satu lapis sponge blueberry dan satu lapis sponge vanila.

Kek Span Blueberry + Vanila
9inci

Friday, October 23, 2009

Kek Karot lagi....


Kek Karot toping with cream cheese
7in @ 600gm

Ini oder drp Fizah. Kalau ikutkan yang ni dah kira delayed oder sbb, asalnya untuk last week skali ngan kek cheese oreo.Tapi Fizah minta tunda sbb takut tak abis makan kedua-duanya. Cuma kali ini kek keret ni kurang lengkap sbb walnut out of stock. Mulanya ingatkan ada lagi, rupa-rupanya dah abis. Nak pi beli pun tak sempat dah so terpaksalah guna keret saja...tapi sblm tu call Fizah sama ada dia nak gak kalau tak ada walnut, dia okey jer...siap tanya aku lagi walnut tu amende....hehehe. Apapun terima kasih daun keladi ya Fizah.

Jamuan makan-makan...

Carrot Cake toping with Cream Cheese
11 x 8in @ 2.5kg



Pandan Layer
12.5in x 8in @ 3kg

Kedua-dua kek kat atas ini dioder oleh Kak CT Zaharah untuk jamuan makan2 anjuran cikgu-cikgu skolah aku yang dapat 'durian runtuh'....terima kasih kepada mereka atas oder ini dan terima kasih juga sebab dapat gak aku makan nasi dagang....hehehe. Itulah bagusnya dapat kengkawan yang sentiasa menyokong biz aku ni....alhamdulillah.

Tuesday, October 6, 2009

Kek Karot

8inci


9inci

Kedua-dua kek karot ni ditempah oleh Lina. Saiz 9 inci tu untuk diberikan kepada guru-guru tadika anak-anaknya dan yang bulat tu untuk makan2. Terima kasih bebanyak Lina.

Tuesday, September 29, 2009

Carrot Cupcake


Carrot Cheese Cupcake
25pc
Tempahan kek carrot ni datangnya daripada Haida. Minggu pertama puasa lagi dia booking tarikh, nak ambil pada raya keempat. Masa jumpa, baru tau, rupa2nya adik Haida ni exstudent suamiku. Terima kasih banyak2 ya Haida.

Thursday, August 6, 2009

Thanks Anna....

Lately ni memang sibuk sangat, nak on internet pun tak sempat. Ditambah pula kurang sihat seminggu dua ni....darah sudah naik, phewww. Banyak benda nak kena settle. Tapi dinihari ni tak leh tidor lah pula so bangun senyap2, ambil laptop...on internet. Cemana pun nak kena update gambar2 oder ni. Jemput le tengok ye....biasa2 aje.


Kek Carrot with Cream Cheese Frosting
+2kg @ 13x7inci

Kek ni oder drp Mdm Anna untuk jamuan makan bersama-sama rakan2 nya pada 31 Julai aritu. Anna minta buatkan kek carrot yang beratnya dalam lingkungan 2kg. Masa buat kek ni memang tgh tak sihat, so idea tak brapa nak keluar untuk deko. Tapi alhamdulillah, feedback daripada teman2 Anna, depa suka dan amat berpuashati. So esoknya Cikgu Anna oder sebiji lagi untuk kawan2nya yang tak sempat makan dan yang nak makan lagi...hehehehe. Terima kasih banyak2 ya Cikgu Anna.


Kek Carrot with creamcheese frosting
7inci

Monday, June 29, 2009

Happy Anniversary...


Carrot Cake with Cream Cheese frosting
10" @ 2kg

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 buat Lina dan suami. Lina ni mmg peminat carrot cake sbb kali ni pun oder kek karot untuk anniversary nya. Cuma kali ni keknya besar sikit.
Terima kasih banyak2 Lina.

Thursday, May 28, 2009

Carrot Cake Hasnah & Kak Faezah


Kek Carrot oder drp Hasnah untuk anak-anaknya. Terima kasih Has.


Ini pula Carrot Brownies untuk Kak Faezah. Terima kasih kak.

Sunday, May 17, 2009

Cuppies Hari Guru


Carrot cupcake ni untuk anak daraku bawa ke sekolah. Dia nak hadiahkan kepada cikgu-cikgu kat sekolahnya. Ku buat dalam 40pcs. SELAMAT HARI GURU dan terima kasih ku ucapkan kepada semua cikgu yang telah mengajar anakku selama ini. Umi doakan semoga anak Umi berjaya dalam UPSRnya tahun ini, amin....

Friday, May 15, 2009

Carrot Brownies


Kek carrot ni oder drp Lina untuk diberikan kepada guru tadika anaknya sempena Hari Guru. Lina kata kena bagi hari ni juga kerana Sabtu dan Ahad tadika cuti. Lina mmg suka ngan kek carrot... ( camna Lina, jadi tak resipi yang saya beri tu?) Pukul 9pagi janji jumpa kat depan tadika anaknya. Petang Lina call, katanya semua cikgu anaknya suka ngan kek carrot tu, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Lina.

Friday, May 8, 2009

Carrot Cake 4 Mother's Day


Asalnya Lina request carrot cake w/out toping dan walnut cincang halus2. Memandangkan tak perlu nak deco, maka keknya kubuat pagi sebelum hantar kepadanya. Tapi last minute, Lina sms minta tuliskan Happy Mother's Day kat atas kek tu., tak payah deco, wording je. Masa tu aku tengah bersiap-siap nak ke skolah dah, mcm tak sempat jer... Alamak kek panas lagi sbb baru kluar oven, cemana nak tulis ekk??? Selalunya kek carrot yang toping ngan creamcheese, aku akan baked malam. So mudahlah aku mendeco pepagi tu bila ianya dah cukup sejuk. Jadi inilah hasilnya....Lina okay ker? Tulisan tak brapa cantik sbb nak cepat...hehehe. Sorry ek Lina. Anyway thanks so so much for the oder...dah jadi regular customer dah si Lina ni. Thanks again.

Carrot 4 Kak Zaharah


Ini kek carrot ala2 brownies. Kak Zaharah minta kek tu dipotong kecil2, senang nak makan katanya. Kek ni saiznya 9x9 in, drizzled ngan cream cheese. Kak Zaharah nak bawa untuk anaknya yang belajar di MRSM Pendang. Terima kasih kak...

Thursday, April 30, 2009

Carrot Cake 4 Hedayah


"Aku mmg suka sangat benda ada cheese ni. Carrot cake, cheese kasi lebih aaa,"... okay ler, Hedayah. Hah, inilah hasilnya....harap berpuashatilah Cik Nor,ya.

Terima kasih banyak2.

Thursday, April 23, 2009

1st Carrot Cuppies


Oder drp Fazlina untuk makan2....orang tgh ngidam nii. Tak mau kek besar, nak cuppies je sbb comel...hehehe. Harap ianya memenuhi citarasa...thanks sis.
p/s: Kak Ana(Elianas),camner? Okay tak ni? hehehe...kena rujuk sifu gak.
Ini pula xtra adunan, so guna acuan oval je...tu pun dapat 2 biji. Satu Kak Sal ambil dan satu lagi Kak CT Zaharah.....terima kasih bnyk2.

Friday, April 17, 2009

Kek Carrot



Lily oder kek carrot untuk makan-makan. Satu topping ngan cheese dan satu lagi plain. Terima kasih Lily.
p/s: mmg sah dah hilang gambar2 kek yang ada dlm memorycard camera aku....nasib baik dah upload ke dlm pc semuanya kecuali untuk gambar2 yang diambil pada 16hb April.

Wednesday, April 8, 2009

Carrot Cake


Kek carrot saiz 6in dioder oleh kawan-kawan di sekolah. Nampaknya dah jadi favourite depa lak kek carrot ni, alhamdulillah. Sapa-sapa minat boleh oder gak. Email ke citra74@gmail .

Saturday, March 28, 2009

Sama Tapi Saiz Tak Serupa...


Dua-dua kek carrot tapi berlainan tuan. Yang besar dioder oleh Kak Norida dan yang cute tu untuk Kak Shikin. Kak Shikin teringin kek carrot tapi kat rumahnye tak jalan kek ni, so dia minta buat kecik untuknya. Terima kasih akak2 semua...

Wednesday, March 4, 2009

Carrot Cake


Oder drp Kak Normah untuk suami tercinta. Ini oder kali kedua, yang pertama dulu Choc Blueberry....terima kasih kak. Entah kenapa sehari dua ni, idea cam blur jer. Tgk tulisan tu pun dah senget-benget. Lately ni banyak kerja di sekolah yang perlu dibereskan....kes letihlah ni. Anyway harap Kak Normah berpuas hati.

Tuesday, February 17, 2009

Kek Carrot


Ini N3 lama, tp memandangkan broadband Celcom ada problem, tak boleh nak upload oder ni. Now dah ok...dah bleh tgk semua gambar. Lepas ni bolehlah buat lawatan ke blog-bog kengkawan semua...:-)
Kek carrot ni oder drp Kak Sarina. Nak walnut lebih...sbb bila makan tu terasa crunchy...yummie. Thanks kak.