Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Jamuan makan-makan...

Carrot Cake toping with Cream Cheese
11 x 8in @ 2.5kg



Pandan Layer
12.5in x 8in @ 3kg

Kedua-dua kek kat atas ini dioder oleh Kak CT Zaharah untuk jamuan makan2 anjuran cikgu-cikgu skolah aku yang dapat 'durian runtuh'....terima kasih kepada mereka atas oder ini dan terima kasih juga sebab dapat gak aku makan nasi dagang....hehehe. Itulah bagusnya dapat kengkawan yang sentiasa menyokong biz aku ni....alhamdulillah.

Friday, July 17, 2009

Kek Batik Kacau @ Kek Batik @ Puding Batik, etc......


Ini antara kek yang memula aku buat masa sekolah dulu2....bila time jamuan kelas, kek ni je lah yang aku bawa. Resipi ni aku belajar daripada kakak ipar aku, Kak Long. Kak Long asal dr Miri dan biasalahkan orang Sarawak mmg pakar buat kek2 lapis ni. Terima kasih bebanyak Kak Long sebab siap buat demo step by step lagi kat aku dan adik aku. Mmg excited masa tu, sbb time tu rakan2 sibuk @ crazy ngan kek coklat moist, tapi bila aku bawa kek ni semua suka sbb lain drp yang lain. Sekarang kek ni dah biasa bagi semua orang dan dah banyak bahan yang ditambah mengikut selera memasing. Tapi kali ni aku nak tepek resipi yang sama cam Kak Long aku bagi.

p/s: to Kakak(my niece), Cik Long peturun resipi ni untuk Kakak juga tau.....biar Mama(Kak Long) bangga ngan anak dara dia...hehehe.



Kek Batik Kacau

4 biji telur
175gm butter
300gm biskut marrie - patah 4

1/4 tin susu pekat manis - saya kurangkan
3/4 gelas gula - saya kurangkan
1/4 gelas serbuk koko
1/2 gelas milo
3/4 gelas air panas

1. Bancuh serbuk milo dan koko dengan air panas, ketepikan.
2. Pukul gula dan butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan sebati.
4. Masukkan bancuhan milo dan koko tadi, gaul rata.
5. Campurkan susu dan kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam periuk dan jerang atas api yang perlahan.
7. Kacau adunan hingga betul-betul pekat....lama gak nak tunggu dia pekat ni, jgn tinggal, nnt hangit.
8. Bila dah pekat, angkat adunan dan biarkan suam. Kemudian masukkan pecahan biskut marrie dan gaul rata.
9. Masukkan ke dalam acuan dan tekan biar padat. Gunakan plastik untuk tekan supaya permukaan kek nampak licin. Sejukkan di dalam chiller lebih kurang 2jam.
10. Saya gunakan aluminium foil untuk alas loyang supaya kek tadi mudah keluar dan tidak melekat.

Friday, July 10, 2009

Awal Julai....

Salam semua...
Lama tak sapu rumah ni...sibukkkkk...alasan biasa. Hanya sempat buka pintu dan tingkap jer...bagi udara masuk...hehehe. Okay sekarang ni nak menyapu, mop dan gantung beberapa gambar terkini.
Ini tempahan yang telah kusiapkan sepanjang minggu pertama Julai ni. Terima kasih kepada semua yang oder (hehehe...termasuk sifu aku...Kak AnaElianas)



Orange Flavour & Filling Sponge Cake
9"
Oder kali ketiga daripada Cikgu Faridah untuk anak-anak prasekolahnya...kira macam tempahan tetap lah ni. Kali ni Cikgu Faridah nak cuba orange flavour pula. Happy Birthday Amirul dan Zikril. Terima kasih banyak2 Cikgu Faridah...mesti anak murid sayang ni sbb depa slalu dapat makan kek.




Blueberry Filling Sponge Cake
7"
Ini pula oder drp jiran Kak Sarina untuk birthday girl, Nadiah. Terima kasih.




Blueberry Filling Sponge Cake
7"
Happy Birthday Darwisyah dan Batrisyia....oder drp seorang ayah untuk anak-anaknya. Terima kasih Cikgu Sharifuddin.



Pandan Layer
8"
Hehehe....Kak AnaElianas tinggal msg kat shoutbox sebelah, tapi sbb aku tak masuk sini beberapa hari maka Kak Ana sms pula. Nasib baik free aritu, bolehlah buatkan Kak Ana pandan layernya. Selamat makan2 Kak Ana...





Choc Moist Cake with Choc Ganache Filling & Frosting
9" @ 1.5kg
Choc Moist ni ditempah oleh Cikgu Rosnah untuk birthday anak daranya Nur Jehan. Kak Ros kata Jehan suka kek coklat....harap kek ni menepati citarasa. Terima kasih banyak2 Kak Ros dan tahniah atas kenaikan pangkat! Tapi jauhlah pula nak berulang ya.

Tuesday, June 30, 2009

Pandan Layer


Pandan Layer untuk Kak Sarina


Kat bawah ni pula Pandan Layer untuk Amnah

Sebelum pakai 'bedak'


Selepas pakai 'bedak'


Semalam menyiapkan dua biji kek Pandan Layer untuk Amnah dan Kak Sarina. Amnah nyer yang bulat tu. Kek ni sedap makan setelah disejukkan dalam chiller.

Terima kasih Am dan Kak Ina.

Sunday, June 14, 2009

Yam Layer dan Oreo Cheesecake



Oreo Cheesecake
6" @ 750gm

Keladi Layer/ Yam Layer
8" @ 1.6kg
Kek-kek di atas ditempah oleh Nurul (USM). Mula2 tu tertanya2 siapalah gerangannya. Tapi bila Nurul datang ke skolah untuk ambil kek yang ditempah, baru perasan rupanya dia pernah praktikal di skolahku. Selalu tgk muka, nama tak ingat sbb Nurul di sesi pagi dan aku pula sesi petang. Masa deal melalui phone tak terlintas nak tanya. Masa oder aritu, aku berada di Shah Alam dan banyak sangat program. Tak sangka Nurul tunggu juga kepulanganku...cewah...hehehe. Anyway akak ucapkan terima kasih banyak2 Nurul, harap menepati citarasa.

Saturday, May 23, 2009

Kelas Kek Lapis Inasally Bakery


Hari tu berkesempatan join kelas Kek Lapis di Inasaly Bakery. Memang seronok kelas ni, sebab banyak ilmu berkenaan kek lapis yang telah saya peroleh. Baru tahu betapa sukarnya nak menghasilkan kek-kek lapis especially yang roll dan bercorak di dalamnya. Patutlah harganya mahal untuk sebiji kek...memang patut. Kalau sesiapa yang kurang kesabaran memang tak leh buat kek ni....betul tak Suzana...syyhhhhh....hehehehe. Walau bagaimanapun mmg saya excited sbb benda baru. Kelas ni dihadiri 3orang student iaitu saya, Kak Ina dan Suzana plus assistance nya si Yah. Yah ni adik Su, mmg rajin orangnya...kan Yah kan? Seronoknya kelas ni sbb semuanya satu kepala...riuh gaklah rumah si Lina ni. Silap2 tingkat bawah puh boleh dengar apa.


Ini pemandangan drp balkoni rumah Lina di level 10(tinggi tuuu...). Anak daraku yang snap guna h/set dia ler ni. Nampak tak sawah kat hujung tu yang sedang dibajak, kat tengah tu pula sawah yang sedang menghijau...kalau ijau semuanya mesti sejuk mata memandang ek Lina? Hehehe...tapi rumah Kak AnaElianas pun best gak, keliling rumahnya sawah padi. Memang nyaman kalau berangin kan Kak Ana? Ok meh layan gambar2 kek lapis yang kubuat hasil tunjuk ajar Lina...


Lapis Chocberry...sedap sangat kek ni



Lapis Poco-poco.....sebelum ni dok buat tarian poco-poco je, tatau lak kek poco2 pun ada. Tapi tengok tu dia punya susunan tak menjadi, silap susun tang kuningpink tu.



Lapis Segitiga



Lapis Windmill....tak kemas susunan yang kubuat sbb nampak kerongakannya...hehehe




Lapis Samarinda....kek lapis yang paling besar kami buat hari tu, tapi ni dah kecik la sbb kena potong.

Terima kasih banyak2 Lina kerana mengajar kami hingga lewat petang....hampir Maghrib sebenarnya. Semoga berjumpa lagi pada kesempatan yang lain, insya Allah.

Monday, April 27, 2009

Pandan Layer


Ini pula oder yang kedua drp Lina. Tapi kali ni nak cuba pandan layer pula. Harap Lina sekluarga suka. Thanks Lina.

Wednesday, April 8, 2009

Chocolate Blueberry Layer dan Pandan Layer


Kek-kek ni dioder oleh jiran Kak Sarina...alahai lupalah pula nama mereka. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga pada Kak Sarina kerana meng"introduce" kek saya kepada jirannya.

Friday, February 13, 2009

Kek Pandan Layer


Saya mmg suka sangat2 kek lapis pandan. Ni baru berkesempatan nak membuatnya setelah sekian lama dok beli je. Kat sini saya kongsikan resipi yang saya gunakan...drp Pn. Noraini Zakaria.

KEK LAPIS PANDAN
Bahan Kek:
125gm gula kastor
125gm tepung kek
40gm air pandan+pewarna hijau epal
75gm minyak masak
15gm 0valette
5 biji telur
1sudu teh baking powder

Cara-cara:
1. Satukan ovalette,gula,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2minit.
2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit,hingga kembang.
3. Perlahankan kelajuan dan tuankan air pandan sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga pekat.
5. Tuangkan minyak masak dan gaul sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan 8" dan bakar selama 45minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dahulu, baru potong kepada 2 lapisan.

Bahan Kastad:
(A)
180gm gula
500ml air pandan(kisar 5 helai daun pandan)-
1sudu makan serbuk agar-agar

(B)
400ml santan pekat-saya guna santan peket HANA (2ooml x 2peket)
85gm tepung Hoen Kwee
1 sudu makan pewarna hijau epal
secubit garam

Hiasan- Kelapa kering

Cara2:
1. masak bahan A hingga larut.
2. Satukan bahan B hingga rata dan masukkan ke dalam A.
3. Kacau atas api yang sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan biarkan suam

Cara Melapis:

1. Sediakan acuan springform 8"- saya guna acuan 4segi biasa je
2. Sendukkan sedikit adunan kastad dan ratakan dalam acuan.
3. Letakkan selapis kek dan tuangkan adunan kastad ke atasnya,ratakan.
4. Letakkan lapisan kedua kek dan tuangkan lagi kastad di atasnya. Ratakan kastad hingga menutupi semua permukaan dan tepi kek.
5. Hentakkan acuan 2-3 kali di atas meja agar kastad padat. Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6. Keluarkan kek yang telah disejukkan tadi daripada acuan dan salutkan dengan kelapa kering.

Saturday, February 7, 2009

Kek Lapis Coklat


Kek Lapis Coklat ni buat untuk makan-makan. Second time buat kek lapis ni. Ikut resipi drp blog Rozzan. Cuma ubahsuai sikit je...resipi nanti saya letak.

Monday, December 15, 2008

Kek Lapis Oreo


Dah lama buat sebenarnya Kek Lapis Oreo ni.Cuma sekarang baru ada masa untuk upload gambarnya. Resipi ni saya ambil dari blog Mat Gebu. Sepatutnya kat atas tu susun biskut Oreo juga...tapi tengok-tengok biskutnya dah selamat dimakan oleh anak daro den,yang ada serbuknye aje...so ku taburkan saja serdaknya itu.Okaylah tuu...
Tapi buat lapis melapis ni memang renyah kerjanya. Kalau tengok kat blog cik Mat ni, memang elok kek lapis yang dibuatnya...gambar-gambar yang diambil pun cantik2 settingnya.