Tuesday, November 23, 2010

Kek Chiffon Pandan


selepas dikeluarkan daripada acuan


setelah dipotong untuk dimakan....emmmm gebu dan spongy betul...


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A:
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak masak
2/3 cawan santan pekat (saya ganti dengan susu cair)
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum/superfine
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar pandan paste
1sudu kecil pewarna hijau

Bahan B:
6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil krim tartar

Kaedah:

1.   Satukan semua bahan A, pukul atau kacau bagi sebati. Tak perlu guna hand mixer, cukup sekadar guna senduk kayu.

2.   Bahan B disatukan dan diputar hingga kental ( stiff).

3.  Satukan bahan B ke dalam A dan kaup balik hingga sebati.  Jangan putar atau kacau, nnt kek tak naik gebu.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon. Acuan tak perlu digris/dilengser dengan butter.
5.  Bakar kek hingga masak.  Bila dah masak, keluarkan daripada oven dan telangkupkan acuan dengan cermat ke atas redai. Biarkan kek dalam keadaan tersebut hingga benar-benar sejuk, barulah keluarkan daripada acuan.  Kaedah ini bagi memastikan kek tidak turun/ bantat.

Monday, November 1, 2010

KEK ZEBRA VERSI 2

Okay, hari ni nak berkongsi pula resipi Kek Zebra yang kedua.  Resipi ni saya ambil daripada buku Popular Cakes & Dessert oleh Chef Bernard Neoh, terbitan Y3K. Buku ni dwi bahasa, Mandarin dan English...so saya baca versi English la ye. Buku ni bagusnya, ditunjukkan langkah demi langkah penghasilan setiap resipi kek.  Okay, kek zebra kali amat menepati tekak saya sebab keknya gebu dan moist. Rasanya memang sedap.

Kek Zebra

200gm butter ( saya guna 250gm)
175gm marjerin (saya guna 125gm)
270gm gula kastor (saya guna 230gm saja)
7 biji telur gred B
300gm tepung gandum /superfine
1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
30gm serbuk koko
1 sudu besar serbuk nescafe/atau instant coffee + 1sudu teh air suam

1.  Pukul butter, marjerin dan gula hingga putih dan betul2 kembang, lebih kurang 8-10minit.
2.  Masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap kali selepas telur dimasukkan, putar lebih kurang 1 minit, ini untuk memastikan telur sebati betul dengan adunan. Kalau tak adunan akan berair.
3.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi, sebatikan.
4.  Masukkan 1/2 daripada susu cair ke dalam adunan, sebatikan.
5.  Bahagikan adunan kepada 2. satu bahagian dibiarkan asal dan satu bahagian dicampur dengan baki susu cair tadi, serbuk koko dan bancuhan nescafe.
6.  Sudukan adunan berselang seling ke dalam acuan yang telah dilengserkan dengan butter.
7.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180cc.