Wednesday, February 25, 2009

Chocolate Blueberry Cheese


Lepas siapkan 3 oder tadi,teringin gak nak makan cheese kek...so dengan rajinnya, saya buatlah sebiji untuk makan2 sefamily. Cheese kek ni guna kek span sbg basenya, fillingnya chocolate cheese blueberry dan choc ganache sbg topingnya....yummie, mmg sedap. Yang mana sememeh tuu...buat tak nampak je laa. Biasalah untuk sendiri makan...yang penting sodappp. Badan rasa letih bila dah siap semua kek ni, rasa cam dah bengkak kaki berdiri lama-lama. Tapi puas hati sbb menjadi...alhamdulillah.

Ultraman


Kak Noriah oder kek bluberry layer untuk anak lelakinya. Nak gambar ULTRAMAN sbb Aiman ni suka sangat ngan Ultraman. Saja untuk makan-makan, kata Kak Nor. Terima kasih Kak Nor. Ni second time lukis freehand gambar kartun (first Spongebob untuk Amnah)...tang bibir & dagu otromen je silap sikit...konon nak buat dagu Siti...hahhaha..

Thanks,Kak Mazz


Thanks sis for ur oders. Kak Mazz request CMC untuk anak perempuannya dan blueberry cheese ngan Spongebob edible untuk anak lelakinya. Terima kasih skali lagi kerana datang dari S.Petani ambil kek-kek tu. Harap Kak Mazz berpuas hati dan enjoy the taste ;-) Pssstt....sedapnya lopes yang Kak Mazz buat tu...susah-susah ajer...

Wednesday, February 18, 2009

Problem....any idea????

Salam semua,
Maaf tak da N3 baru coz saya punya celcom brdband ada problem.
Dalam seminggu ni, bila buka blog saya atau blog kengkawan, satu gambar pun saya tak leh view. Article/cerita ada, cuma tak boleh tgk sumer gambar yang ada dalam blog even profile picture. Tak taulah apa masalahnya. Tp bila tanya member-member( yang guna selain Celcom Broadband), depa kata ok je blog saya. So saya rasa mungkin Celcom yang problem. Sesapa yang facing problem yang sama, ada apa-apa solution tak? Saya dah clear cached dan cookie spt yang disarankan tapi still tak ada perubahan.
Saya harap dapat selesaikan semuanya dengan segera....mati kutu gak bila tak boleh blogging ni.

Tuesday, February 17, 2009

Kek Carrot


Ini N3 lama, tp memandangkan broadband Celcom ada problem, tak boleh nak upload oder ni. Now dah ok...dah bleh tgk semua gambar. Lepas ni bolehlah buat lawatan ke blog-bog kengkawan semua...:-)
Kek carrot ni oder drp Kak Sarina. Nak walnut lebih...sbb bila makan tu terasa crunchy...yummie. Thanks kak.

Monday, February 16, 2009

Carrot Cake


Ckg Anna Cherubin, my Guru Kanan, request kek carrot untuk birthday husband dia. Nak buat kejutan katanya, tp nak deco yang simple2 aje. Thanks Anna, i'm glad u like it.

Kek Keju Blueberry


Kek Keju ni oder daripada Kak Mahani. Ni first time ambik oder kek keju, slalu buat untuk makan sendiri je...cemana Kak, harap kena ngan citarasa akak sekeluarga. Terima kasih.

Friday, February 13, 2009

Repeat Oder


Lily request Kek Blueberry lagi, tapi kali ni nak kek perasa vanila. Stoberi wajib ada...untuk anak-anaknya especially for Anas. Kek ni untuk makan2 je, tapi Lily suruh buh edible image sbb anaknya suka kek ada gambar...nama pun tulis tiga nama anaknya, Asraf,Anas dan Adeena. Terima kasih banyak-banyak Lily...hope your kids enjoy the cake.

Cupcake


Ini oder drp Kak Kauthar untuk makan2. Kak Kauthar request ChocMoist CC, buat deco cemana pun tak pa...ini lah yang sempat kubuat sebab nak deco kek untuk Lily pula. Thanks Kak.
Ini pula xtra drp cuppies Kak Kauthar tadi...letakkan dalam pakaging 6pcs, dapatlah 3 kotak. Jual kat kengkawan kat skolah...tak cukuplah pula. Nnt kita buat lain ekk kengkawan...

Kek Pandan Layer


Saya mmg suka sangat2 kek lapis pandan. Ni baru berkesempatan nak membuatnya setelah sekian lama dok beli je. Kat sini saya kongsikan resipi yang saya gunakan...drp Pn. Noraini Zakaria.

KEK LAPIS PANDAN
Bahan Kek:
125gm gula kastor
125gm tepung kek
40gm air pandan+pewarna hijau epal
75gm minyak masak
15gm 0valette
5 biji telur
1sudu teh baking powder

Cara-cara:
1. Satukan ovalette,gula,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2minit.
2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit,hingga kembang.
3. Perlahankan kelajuan dan tuankan air pandan sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga pekat.
5. Tuangkan minyak masak dan gaul sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan 8" dan bakar selama 45minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dahulu, baru potong kepada 2 lapisan.

Bahan Kastad:
(A)
180gm gula
500ml air pandan(kisar 5 helai daun pandan)-
1sudu makan serbuk agar-agar

(B)
400ml santan pekat-saya guna santan peket HANA (2ooml x 2peket)
85gm tepung Hoen Kwee
1 sudu makan pewarna hijau epal
secubit garam

Hiasan- Kelapa kering

Cara2:
1. masak bahan A hingga larut.
2. Satukan bahan B hingga rata dan masukkan ke dalam A.
3. Kacau atas api yang sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan biarkan suam

Cara Melapis:

1. Sediakan acuan springform 8"- saya guna acuan 4segi biasa je
2. Sendukkan sedikit adunan kastad dan ratakan dalam acuan.
3. Letakkan selapis kek dan tuangkan adunan kastad ke atasnya,ratakan.
4. Letakkan lapisan kedua kek dan tuangkan lagi kastad di atasnya. Ratakan kastad hingga menutupi semua permukaan dan tepi kek.
5. Hentakkan acuan 2-3 kali di atas meja agar kastad padat. Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6. Keluarkan kek yang telah disejukkan tadi daripada acuan dan salutkan dengan kelapa kering.

Monday, February 9, 2009

Chocolate Chip Cheesecake


Ini projek tertangguh.....bahan dah lama beli,cuma mcm tak confident je nak buat. Sbb kat rumah ni benda yang cheezy2 depa kurang makan. Tapi semalam kuatkan juga smgt meneruskan projek ni. Yeah...terhasilah cheesecake ku ini. Resipi drp buku Alex Goh. Dah kata dah, bila rasa sepotong terus depa surrender....huhuhu. Nampaknya rezeki kengkawanku kat skolah le ni.

Saturday, February 7, 2009

Kek Lapis Coklat


Kek Lapis Coklat ni buat untuk makan-makan. Second time buat kek lapis ni. Ikut resipi drp blog Rozzan. Cuma ubahsuai sikit je...resipi nanti saya letak.

Friday, February 6, 2009

Spiderman


Kek Chocolate Moist oder drp my SIL untuk anak terunanya Mohd. Amirun Arif yang belajar di SM Sains Perlis. Ulangtahun yang ke 15...tahun ni PMR lah ye. Arif ni memang suka watak Spiderman. Mula-mula nak lukis je muka si Spiderman ni, tapi cam tak smpat je so tempek je edible, sbb petang ni my SIL nak bawa balik ke Changlun. Ok stop kat sini dulu....nak hantar kek ni ke rumah ibu mertuaku, my SIL tunggu sana.

Sunday, February 1, 2009

Quiche & Brownies


Ini pula aktiviti dengan anak untuk menghabiskan masa Cuti Tahun Baru Cina aritu. Tak ke mana-mana so buatlah quiche ngan brownies ni. Inti quiche tu guna apa yang ada dalam stok je. Pastu guna acuan bulat biasa, fillingnye penuh sbb tu tak nampak mcm quiche pun...anak kata "Tak apa asalkan sedap kira oklah Umi"....

Kek Buah


Resipi kek buah ni saya ambil daripada majalah Jelita keluaran Disember 1995...saya ni memang minat mengumpul resipi sejak zaman sekolah lagi. Tapi jarang cuba semua resipi, sbb beberapa kali terkena resipi yang tak menjadi. Inilah resipi Kek Buah yang pertama saya cuba bertahun yang lalu dan hingga sekarang saya guna resipi ni. Insya Allah menjadi coz ini resipi Pn. Charijah Dato' Shariff.
Tapi kek kali ni terlebih masa kat dalam oven sbb saya ralit tgk Midsomer Murder...timer oven rosak pula, tu yang terlebih perang keknya =D. Ok ni resipinya:
Kek Buah
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
(ayak semua bahan di atas)
3/4 cawan butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
Bahan B (digaulkan semuanya)
1/2 cawan badam hiris
1 cawan kismis
1 cawan kulit limau
1/2 cawan ceri - semua buah ni(kecuali badam) saya ganti ngan sekotak Fruits Mix 375gm
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan madu
1/2 camca teh bawang putih tumbuk - saya tak pernah letak
1. Satukan semua bahan yang telah digaulkan tadi dengan tepung yang telah diayak. Sebatikan
dan ketepikan dahulu.
2. Putar butter dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji....lebih kurang seminit selang sebiji tu, ini untuk pastikan
telur tu betul2 sebati.
4. Kemudian masukkan bahan no. 1. Kacau guna senduk kayu atau spatula saja, hingga
semuanya bercampur rata.
5. Lapik dasar dan tepi acuan bulat 8" dengan beberapa lapis baking paper. Ini untuk
mengelakkan kek daripada hangus.
6. Masukkan adunan dan bakar dalam 1jam 1/2 atau hingga masak.
7. Setelah masak keluarkan daripada oven dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil
dan biarkan sejuk. Ini untuk menjadikan kek agak lembap. Kemudian keluarkan daripada
acuan dan balut kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan masuk angin. Kek ni lagi
sedap kalau dimakan selepas beberapa hari kerana rasa buah-buahnya mula meresap.