Sunday, February 1, 2009

Kek Buah


Resipi kek buah ni saya ambil daripada majalah Jelita keluaran Disember 1995...saya ni memang minat mengumpul resipi sejak zaman sekolah lagi. Tapi jarang cuba semua resipi, sbb beberapa kali terkena resipi yang tak menjadi. Inilah resipi Kek Buah yang pertama saya cuba bertahun yang lalu dan hingga sekarang saya guna resipi ni. Insya Allah menjadi coz ini resipi Pn. Charijah Dato' Shariff.
Tapi kek kali ni terlebih masa kat dalam oven sbb saya ralit tgk Midsomer Murder...timer oven rosak pula, tu yang terlebih perang keknya =D. Ok ni resipinya:
Kek Buah
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
(ayak semua bahan di atas)
3/4 cawan butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
Bahan B (digaulkan semuanya)
1/2 cawan badam hiris
1 cawan kismis
1 cawan kulit limau
1/2 cawan ceri - semua buah ni(kecuali badam) saya ganti ngan sekotak Fruits Mix 375gm
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan madu
1/2 camca teh bawang putih tumbuk - saya tak pernah letak
1. Satukan semua bahan yang telah digaulkan tadi dengan tepung yang telah diayak. Sebatikan
dan ketepikan dahulu.
2. Putar butter dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji....lebih kurang seminit selang sebiji tu, ini untuk pastikan
telur tu betul2 sebati.
4. Kemudian masukkan bahan no. 1. Kacau guna senduk kayu atau spatula saja, hingga
semuanya bercampur rata.
5. Lapik dasar dan tepi acuan bulat 8" dengan beberapa lapis baking paper. Ini untuk
mengelakkan kek daripada hangus.
6. Masukkan adunan dan bakar dalam 1jam 1/2 atau hingga masak.
7. Setelah masak keluarkan daripada oven dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil
dan biarkan sejuk. Ini untuk menjadikan kek agak lembap. Kemudian keluarkan daripada
acuan dan balut kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan masuk angin. Kek ni lagi
sedap kalau dimakan selepas beberapa hari kerana rasa buah-buahnya mula meresap.

No comments: