Friday, March 30, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Kerdas

Buah Kerdas aka Genuaq/Geduaq 
gambar sumber internet (terima kasih tuan punya gambar)


Sambal Ikan Bilis dengan Kerdas
(gambar sendiri)


Bahan-bahan:
2 piring kecil buah kerdas (selalu di pasar, kerdas yang telah diasingkan daripada kulit dijual dalam piring-piring kecil)
2 biji ubi kentang - dihiris 
200 gm ikan bilis
1 cawan cili kering yang telah dikisar halus - kalau suka pedas boleh tambah
4 ulas bawang merah [dihiris halus]
1 ulas bawang putih [dihiris halus]
Sedikit air asam jawa
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kerdas sampai masak. Angkat dan toskan.
Kemudian goreng ubi kentang sampai masak. Angkat dan toskan.
Selepas itu goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan cili merah dan kacau sehingga pecah minyak. 
Masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan kerdas, kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. 
Gaul rata sehingga sebati.
Angkat dan sedia dihidang. 

p/s: kalau suka, boleh juga dibuang kulit ari kerdas ni dengan merendamnya semalaman untuk memudahkan kulitnya dikupas.


Sunday, March 18, 2012

Daging Masak Hitam (versi sendiri)


Bahan-bahan:

1kg daging batang pinang
1/2 in halia
1/2 in lengkuas
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka
3 sudu besar cili giling/cili boh
1/2 cawan kicap pekat - saya guna kicap lemak masin

2 biji kentang - potong 4 dan goreng
1 biji bawang besar - hiris bulat

Cara-cara:
1.  Perap daging + kicap + cuka + gula perang selama 1/2 jam
2.  kisar bawang, halia, lengkuas dan cili.
3.  Tumis bahan kisar.
4.  Masukkan daging, gaul sebati dan biarkan hingga empuk. Kalau tak empuk  
     lagi, tambah sedikit air dan biar dalam beberapa minit.
5.  Setelah daging empuk dan kuah pekat, bolehlah dimasukkan kentang 
     goreng dan bawang yang dihiris tadi.
6.  Tutup api dan bolehlah dihidang.

Apam Gula Hangus



APAM GULA HANGUS @ APAM BUTTER

Bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
250gm buttercup

Masak gula dengan api perlahan sehingga gula cair dan perang....hati-hati jangan sampai hangus hitam, nnt apam akan rasa pahit.
Kemudian dengan perlahan, masukkan air panas sedikit demi sedikit....semasa proses ini pun kena berhati-hati kerana gula yang panas mudah terpercik bila dimasukkan air. Kacau hingga gula hangus tadi larut. Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter larut bersama-sama gula hangus tadi. Tutup api, biarkan gula hangus ni suam sedikit.

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh soda - ayak bersama-sama

Cara-cara:
1.  Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2.  Masukkan gula hangus tadi, sebatikan.
3.  Akhir sekali masukkan susu cair berselang seli dengan tepung gandum. 
    Gaul hingga sebati
4.  Biar adunan selama 1 jam sebelum digunakan.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan kecil, separuh saja. Kukus selama 15-20 
     minit. 
6.  Selalunya saya akan letak beberapa lapisan surat khabar pada permukaan 
     kukus sebelum saya tutupkan tudung kukusan. Ini untuk mengelakkan wap 
     air menitis ke atas apam tadi.



Hiiiii.....

Sudah 1 tahun 1 bulan blog ini tidak dijenguk....mood berblogging hilang. Mungkin dengan kekangan kerja dan masa. Namun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan atau pengunjung yang sentiasa singgah di sini. Saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini dengan perkara-perkara yang boleh kita kongsi dalam dunia masak-memasak ini....insya Allah.


Wassalam