Sunday, March 18, 2012

Apam Gula Hangus



APAM GULA HANGUS @ APAM BUTTER

Bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
250gm buttercup

Masak gula dengan api perlahan sehingga gula cair dan perang....hati-hati jangan sampai hangus hitam, nnt apam akan rasa pahit.
Kemudian dengan perlahan, masukkan air panas sedikit demi sedikit....semasa proses ini pun kena berhati-hati kerana gula yang panas mudah terpercik bila dimasukkan air. Kacau hingga gula hangus tadi larut. Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter larut bersama-sama gula hangus tadi. Tutup api, biarkan gula hangus ni suam sedikit.

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh soda - ayak bersama-sama

Cara-cara:
1.  Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2.  Masukkan gula hangus tadi, sebatikan.
3.  Akhir sekali masukkan susu cair berselang seli dengan tepung gandum. 
    Gaul hingga sebati
4.  Biar adunan selama 1 jam sebelum digunakan.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan kecil, separuh saja. Kukus selama 15-20 
     minit. 
6.  Selalunya saya akan letak beberapa lapisan surat khabar pada permukaan 
     kukus sebelum saya tutupkan tudung kukusan. Ini untuk mengelakkan wap 
     air menitis ke atas apam tadi.



2 comments:

cikpia said...

macam senang.... kena try ni!!

Feeza said...

cuba jangan tak cuba...:D