Tuesday, November 23, 2010

Kek Chiffon Pandan


selepas dikeluarkan daripada acuan


setelah dipotong untuk dimakan....emmmm gebu dan spongy betul...


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A:
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak masak
2/3 cawan santan pekat (saya ganti dengan susu cair)
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum/superfine
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar pandan paste
1sudu kecil pewarna hijau

Bahan B:
6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil krim tartar

Kaedah:

1.   Satukan semua bahan A, pukul atau kacau bagi sebati. Tak perlu guna hand mixer, cukup sekadar guna senduk kayu.

2.   Bahan B disatukan dan diputar hingga kental ( stiff).

3.  Satukan bahan B ke dalam A dan kaup balik hingga sebati.  Jangan putar atau kacau, nnt kek tak naik gebu.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon. Acuan tak perlu digris/dilengser dengan butter.
5.  Bakar kek hingga masak.  Bila dah masak, keluarkan daripada oven dan telangkupkan acuan dengan cermat ke atas redai. Biarkan kek dalam keadaan tersebut hingga benar-benar sejuk, barulah keluarkan daripada acuan.  Kaedah ini bagi memastikan kek tidak turun/ bantat.

Monday, November 1, 2010

KEK ZEBRA VERSI 2

Okay, hari ni nak berkongsi pula resipi Kek Zebra yang kedua.  Resipi ni saya ambil daripada buku Popular Cakes & Dessert oleh Chef Bernard Neoh, terbitan Y3K. Buku ni dwi bahasa, Mandarin dan English...so saya baca versi English la ye. Buku ni bagusnya, ditunjukkan langkah demi langkah penghasilan setiap resipi kek.  Okay, kek zebra kali amat menepati tekak saya sebab keknya gebu dan moist. Rasanya memang sedap.

Kek Zebra

200gm butter ( saya guna 250gm)
175gm marjerin (saya guna 125gm)
270gm gula kastor (saya guna 230gm saja)
7 biji telur gred B
300gm tepung gandum /superfine
1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
30gm serbuk koko
1 sudu besar serbuk nescafe/atau instant coffee + 1sudu teh air suam

1.  Pukul butter, marjerin dan gula hingga putih dan betul2 kembang, lebih kurang 8-10minit.
2.  Masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap kali selepas telur dimasukkan, putar lebih kurang 1 minit, ini untuk memastikan telur sebati betul dengan adunan. Kalau tak adunan akan berair.
3.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi, sebatikan.
4.  Masukkan 1/2 daripada susu cair ke dalam adunan, sebatikan.
5.  Bahagikan adunan kepada 2. satu bahagian dibiarkan asal dan satu bahagian dicampur dengan baki susu cair tadi, serbuk koko dan bancuhan nescafe.
6.  Sudukan adunan berselang seling ke dalam acuan yang telah dilengserkan dengan butter.
7.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180cc.

Sunday, October 31, 2010

KEK ZEBRA VERSI 1

Kali ni nak berkongsi dengan anda resipi kek zebra. Walaupun di laman-laman blog resipi yang lain dah ada, tapi saya nak tempek gak resipi ni untuk tatapan pengunjung blog saya dan juga sebagai koleksi saya.  Resipi ini saya ambil daripada blog rakan-rakan juga. Setelah meneliti beberapa resipi, akhirnya ini yang jadi pilihan saya untuk dicuba.  Famili saya memang gemar makan kek belang/marble/zebra ni...so saya cuba yang ini dulu.  Pada pendapat @ tekak saya, resipi ni menghasilkan kek yang agak kering.  Kek lembut, cuma kering sedikit saja....ok mari lihat resipinya.

Kek Zebra

250gm butter
230gm gula
2 sudu kecil ovalette
4 biji telur
270gm tepung superfine (tepung gandum pun ok)
1 sudu kecil baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar/susu cair
1 sudu kecil chocolate emulco

1.  Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
2.  Butter + gula + ovalette diputar hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan telur sebati setiap kali  dimasukkan.
4.  Masukkan tepung, guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
5.  Masukkan susu pekat dan sebatikan.
6.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko,choc emulco dan susu cair. 
7.  Lengserkan acuan dengan butter dan alaskan kertas minyak.
8.  Mulakan dari tengah loyang, sudukan adunan sesenduk demi sesenduk hingga habis.
9.  Bakar adunan pada suhu 180cc selama 40 - 50 minit atau hingga lidi bersih apabila dicucuk pada kek.

Saturday, October 9, 2010

KEK COKLAT LEMBAB (kukus)



Sudah terlalu lama tak kemas "rumah"....banyak sangat kekangan. Jadi hari ni curi gak sedikit masa nak sapu-sapu sawang kat sini. Mohon maaf pada semua tetamu yang berkunjung kerana rumah tak berpenghuni.

Okaylah tak mau cerita panjang, hari ni nak share resipi yang dah biasa dan selalu ada di blog-blog resipi atau seumpamanya....Kek Coklat Lembab aka Chocolate Moist Cake. Saya sendiri dah banyak kali mencuba pelbagai resipi kek coklat, sampai dah muak.  Tapi semalam merajinkan diri mencuba satu lagi resipi yang saya dapat daripada MyResipi (tempat rujukan saya nih...). Resipi ni dikirim oleh Sofinar. Saya tertarik nak buat sebab kaedahnya begitu mudah, tambahan pula ulasan dan feedback yang tertera dlm MR yg berjela (...sedap lah nampaknya)....bila dah siap, hasilnya memang sedap pada tekak saya sebab kek ni kurang manis dan tak muak makan. Satu lagi, kek coklat ni memang sangat 'moist'. Memang tak rugi mencubanya.

KEK COKLAT MOIST (kukus)


2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( saya guna koko hitam)
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
(satukan semua bahan di atas dan ayak)


2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 cawan air panas


Cara-cara:
1.  Panaskan kukusan.
2.  Satukan semua bahan kecuali air panas, kacau sebati. Guna hand whisk jer.  
     Tak perlu lama, cukup adunan sebati saja.
3.  Masukkan air panas ke dalam adunan tadi, gaul sebati.
4.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris/dilengser dengan 
     butter.
5.  Kukus kek selama 45 - 60 minit.
6.  Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum diletakkan toping/ 
     chocolate ganache.

Thursday, April 1, 2010

White Chocolate Cheese Cake



























Kali ni nak kongsi resipi yang baru je aku buat. Resipi ni diberi oleh tokey kedai barang2 bakeri yang slalu aku kunjungi. Memang sedap rasanya...aku 1st time rasa kek ni. okey meh kita tengok resipinya.

White Chocolate Cheese Cake

Bahan2nya:
A:
 500gm vanilla cake mix - boleh dibeli di kedai yg jual bahan2 bakeri
 5 biji telur
 150gm butter - dicairkan
 125gm UHT whipping cream
 100gm coklat masakan putih
 100gm coklat chip

B:
250gm cream cheese
100gm gula aising

Cara-caranya:

  1. Satukan bahan-bahan A kecuali coklat chip. Putar hingga sebati.
  2. Masukkan coklat chip dan gaul rata.
  3. Ratakan adunan ke dalam baking tray yang telah dialas dan dilengserkan dengan butter.
  4. Sementara itu satukan bahan B dan pukul sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Paipkan adunan cheese ke atas adunan kek tadi. Bakar selama 40 hingga 45 minit dengan suhu 180cc.

Thursday, March 11, 2010

Jemput-jemput/Cekodok Labu

Sebenarnya beli labu ni dah tiga empat hari. Kononnya nak buat pai labu. Tapi bila dah rebus dan sudah ku lenyek-lenyekkan labu tu....tetiba rasa cam malas lah pula nak sediakan kulit pai. Makanya akupun ubah halatuju ke cekodok labu....hehehehe.....suka hati aku lah labuuu.... Apa-apa pun, bila dah baik daripada jangkitan "M" tu nanti, akan ku buat juga pai tu....tungguuuuuu.

CEKODOK LABU
  • 600gm labu - direbus atau dikukus dan dilenyek 
  • 260gm tepung naik sendiri
  • 110gm gula halus
  • 1 cawan susu cair
  • secubit garam
Cara-cara:
  1. Campurkan labu, gula, garam dan susu cair. Sebatikan.
  2. Masukkan tepung dan kacau sebati....agak-agak sesuai untuk dijemput-jemputkan. Kalau cair tambahkan tepung sedikit.
  3. Gorengkan dalam minyak yang panas. Bila masak, angkat dan toskan dengan tisu serap minyak/tisu dapur. Boleh lah hidangkan untuk minum pagi atau minum petang.

Sunday, March 7, 2010

Baked Oreo Cheesecake


Bahan-bahan

Base:-
2 bungkus biskut Oreo( yg pek panjang), buang krimnya dan hancurkan biskut
50gm butter dicairkan

Bahan Filling:-
500gm cream cheese - lembutkan
200gm gula halus
1/2 cawan sour cream

400gm whipping cream
2 biji telor
30gm tepung
1/2 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara

Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Pukul cream cheese dan gula dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.....tambahkan sourcream, sebatikan.

Masukkan whipping cream, kacau sebentar saja. Agak2 sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.

Bakar secara "waterbath/steambath" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
Bila dah masak, jangan terus keluarkan drp oven. Biarkan kek sejuk dalam oven dengan renggangkan sedikit pintu oven tu. Ini untuk mengelakkan kek retak dan tenggelam.
Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam barulah boleh hias ikut citarasa anda.

Sunday, February 28, 2010

Cheesy Wedges Sos

Semalam gi jenjalan ke rumah kak rinn salah seorang FP yang selalu masak masakan yang boleh melelehkan ayaq liuq...hehehe. Ternampaklah resipi cheesy wedges ni. Memang dah lama mencari resipinya sebab anak dara  aku ni suka sangat ngan cheesy wedges kat KFC tu. Tapi penat gak lah kalo nak beli selalu. Macam kak rinn juga, sebelum ni aku ingatkan depa guna sos mustard...rupa-rupanya cheddar juga. Apa2 pun terima kasih pada kak rinn kerana berkongsi resipinya. Sekarang nak kongsi lak dengan pengunjung2 FLK lah pula....















Sos Cheesy Wedges

Bahanya:
400gm fries/Wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna orange - saya guna yg slice.
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
125 ml @ 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar sour cream - tak letak sbb lupa
sikit Mayonis


Caranya:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Saturday, February 27, 2010

Kek Coklat Marble Cheese
















Bahan A
180 g butter
140 g gula castor
3 biji telur
20 g serbuk koko*
120 g tepung naik sendiri*
1 tsp baking powder *
*- diayak bersama-sama

Bahan B
250 g cream cheese
50 g gula castor
1 tsp vanilla essence
1 biji telur

Cara
1. Pukul butter and gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Dlm bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan.
7. Tuangkan baki adunan A.
8. Bakar dlm oven 160 C selama 1 jam

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Dato' Hashim Embi...

Tengahari kelmarin, aku menerima sms daripada kawan baikku sejak dr sekolah menengah lagi iaitu Suhaila. Sue memaklumkan bahawa ayahanda kesayangannya Dato' Hashim Embi telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.57 pagi. Bagi sesiapa yang masih ingat, arwah merupakan seorang pembaca berita yang berkarisma di RTM pada era 80an dulu. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Buat Sue sekeluarga...tabahkan hati dan kuatkan semangat.

Thursday, February 18, 2010

Salam sejahtera buat semua pengunjung Feezalovelykitchen dan PrettyLittleCake.
Mulai sekarang, semua N3 berkaitan tempahan kek,akan diletakkan di rumah baru saya iaitu Pretty Little Cake. Manakala 'rumah' ini tetap wujud cuma isi kandungannya saja yang berbeza...namun tak lari drp topik orang dapur juga. Harap dapat berkongsi dengan anda semua apa saja yang berkaitan dengan dunia masakan...insya allah.

Sunday, February 14, 2010

PENGUMUMAN....

Atas sebab-sebab teknikal, kini PRETTY LITTLE CAKE telah berpindah ke alamat baru. Dijemput tetamu2 yg singgah ke'rumah' ini, menjenguk ke'rumah' baru kami....terima kasih. Mohon maaf atas segala kesulitan ini...

Kepada followers Pretty Little Cake, sudilah kiranya mem'follow' di rumah baru...hehehe...terima kasih banyak2 buat anda semua.

Sila klik untuk ke PrettyLittleCake

http://prettylittlecake.blogspot.com

Saturday, January 30, 2010

Kelas Coklat Ganache Inasaly

Okay, lepas ni sesiapa yang teringin cokalat kek yang ada roses yang rimbun cenggini, bolehlah oder ngan PrettyLittleCake.

Dua lagi tu kek oleh Mimie dan Jaja....happening tul kelas Inasaly ngan kerenah 2 orang ni. Harap dapat jumpa lagi.
Kak Miza
Vanila Spongecake with edible
8" @ 1kg

Sha

Strawberry Spongecake with Strawberry Filling
8" @ 1kg

Friday, January 22, 2010


Kek Span coklat
10in

Kek ni dioder oleh Amnah untuk birthday yang ke 5, anaknya Atie. Am tak mau edible Doraemon sbb tak real katanya. Maka inilah hasilnya...real ke?...hehehe. Apa pun Am sangat berpuas hati. Terima kasih Am.

Kek Carrot

Kedua-dua kek karot ni merupakan tempahan awal minggu Januari 2010.
Carrot cake with cream cheese toping
10in @ 1.6kg



Carrot Cake with cream cheese
8in @ 1kg