Saturday, October 9, 2010

KEK COKLAT LEMBAB (kukus)



Sudah terlalu lama tak kemas "rumah"....banyak sangat kekangan. Jadi hari ni curi gak sedikit masa nak sapu-sapu sawang kat sini. Mohon maaf pada semua tetamu yang berkunjung kerana rumah tak berpenghuni.

Okaylah tak mau cerita panjang, hari ni nak share resipi yang dah biasa dan selalu ada di blog-blog resipi atau seumpamanya....Kek Coklat Lembab aka Chocolate Moist Cake. Saya sendiri dah banyak kali mencuba pelbagai resipi kek coklat, sampai dah muak.  Tapi semalam merajinkan diri mencuba satu lagi resipi yang saya dapat daripada MyResipi (tempat rujukan saya nih...). Resipi ni dikirim oleh Sofinar. Saya tertarik nak buat sebab kaedahnya begitu mudah, tambahan pula ulasan dan feedback yang tertera dlm MR yg berjela (...sedap lah nampaknya)....bila dah siap, hasilnya memang sedap pada tekak saya sebab kek ni kurang manis dan tak muak makan. Satu lagi, kek coklat ni memang sangat 'moist'. Memang tak rugi mencubanya.

KEK COKLAT MOIST (kukus)


2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( saya guna koko hitam)
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
(satukan semua bahan di atas dan ayak)


2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 cawan air panas


Cara-cara:
1.  Panaskan kukusan.
2.  Satukan semua bahan kecuali air panas, kacau sebati. Guna hand whisk jer.  
     Tak perlu lama, cukup adunan sebati saja.
3.  Masukkan air panas ke dalam adunan tadi, gaul sebati.
4.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris/dilengser dengan 
     butter.
5.  Kukus kek selama 45 - 60 minit.
6.  Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum diletakkan toping/ 
     chocolate ganache.

No comments: