Showing posts with label kek blueberry. Show all posts
Showing posts with label kek blueberry. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Bunga-bunga...


Kek Span With Blueberry Filling
10in @ 2kg

Dah lama teringin nak buat deko yang penuh ngan bunga-bunga cenggini. First time tgk deko ni kat blog Yatt...cantik dan kemas dekonya. Second time tgk dalam buku Decorating Cakes (Wilton). Hari ni dapat juga mencuba deko ni. Kena praktis lagi ni. Oh, lupa!....kek ni dioder oleh Kak Miza untuk jamuan ahli2 Pusat Sumber sekolah aku...biasalah dah penghujung persekolahan ni, banyaklah jamuan yang dibuat oleh kelab dan persatuan sekolah sbb nak habiskan fund depa tahun ni...seronok budak-budak ni. Terima kasih Kak Miza dan PSS.

Friday, July 10, 2009

Awal Julai....

Salam semua...
Lama tak sapu rumah ni...sibukkkkk...alasan biasa. Hanya sempat buka pintu dan tingkap jer...bagi udara masuk...hehehe. Okay sekarang ni nak menyapu, mop dan gantung beberapa gambar terkini.
Ini tempahan yang telah kusiapkan sepanjang minggu pertama Julai ni. Terima kasih kepada semua yang oder (hehehe...termasuk sifu aku...Kak AnaElianas)



Orange Flavour & Filling Sponge Cake
9"
Oder kali ketiga daripada Cikgu Faridah untuk anak-anak prasekolahnya...kira macam tempahan tetap lah ni. Kali ni Cikgu Faridah nak cuba orange flavour pula. Happy Birthday Amirul dan Zikril. Terima kasih banyak2 Cikgu Faridah...mesti anak murid sayang ni sbb depa slalu dapat makan kek.




Blueberry Filling Sponge Cake
7"
Ini pula oder drp jiran Kak Sarina untuk birthday girl, Nadiah. Terima kasih.




Blueberry Filling Sponge Cake
7"
Happy Birthday Darwisyah dan Batrisyia....oder drp seorang ayah untuk anak-anaknya. Terima kasih Cikgu Sharifuddin.



Pandan Layer
8"
Hehehe....Kak AnaElianas tinggal msg kat shoutbox sebelah, tapi sbb aku tak masuk sini beberapa hari maka Kak Ana sms pula. Nasib baik free aritu, bolehlah buatkan Kak Ana pandan layernya. Selamat makan2 Kak Ana...





Choc Moist Cake with Choc Ganache Filling & Frosting
9" @ 1.5kg
Choc Moist ni ditempah oleh Cikgu Rosnah untuk birthday anak daranya Nur Jehan. Kak Ros kata Jehan suka kek coklat....harap kek ni menepati citarasa. Terima kasih banyak2 Kak Ros dan tahniah atas kenaikan pangkat! Tapi jauhlah pula nak berulang ya.

Sunday, May 17, 2009

Kek Hari Guru


Kek ni untuk majlis sambutan Hari Guru dan juga Hari Lahir beberapa orang cikgu kat sekolah hubby. Seronok buat kek ni sebab inilah first time aku hasilkan roses dan menjadi ( bagi orang yg pertama kali mencubalah...). Macam mana EJ, okay tak munger mawar akak ni? Belajar secara spontan ngan EJ...sebab tak termasuk pakej. Terima kasih banyak2 EJ. Tapi masih tak berapa pandai nak atur atas kek...ketaq sebenaqnya....huhuhuhu...
Kek ni kek span layer ngan blueberry filling. Kek saiz 10 inch dan berat lebih kurang 2.15kg.
Saper-saper yang teringin request roses atas kek lepas ni, boleh le saya buatkan sbb dah pandai...hehehe.
Terima kasih kat sekolah hubby atas oder ni....SELAMAT HARI GURU.

Thursday, April 16, 2009

Blueberry Hedayah


Nor Hedayah request kek macam blueberry tapi coating ngan cheese dan spread ngan blueberry. Memula tu pening gak, cemanalah jenis kek yang kawan aku nak ni.....bukan blueberry cheesecake atau kek blueberry. Nor kata ko buatlah cemana pun, asalkan bukan cheesecake :? So aku pun cuba ajelah...spongecake, layer ngan blueberry pastu coating ngan creamcheese dan buh blueberry kat atasnya. Harap menepatilah citarasa si Nor.....

Happy B'day Najat


Kek blueberry layer dengan choc buttercream toping ni dioder oleh Ku Mahfuzah untuk anaknya Najat Yumnie yang berumur 1 tahun. Last minute Ku minta tambah nama anak saudaranya Ika. Terima kasih Ku. Kek ni bersaiz 9.5inci dan berat hampir 1.8kg. Ku minta gambar spongebob...(Ila, ni lah edible yang akak ambil ngan Ila aritu...)

Monday, April 13, 2009

Anom lagi...


Ini pun oder drp Anom. Katanya untuk makan kat rumah pula, dah yang tu untuk Taska. Nnt ada lak yang kempunan. Kek yang sama iaitu blueberry layer tapi guna fresh cream dan blueberry sbg deco. Tak payah tulis2 sbb nak ngap jer...suka hati ko lah Anom. Terima kasih banyak2 Anom, ini oder yang kali ke 4 drp ko....hehehe.

Rauqah is 6...


Kek birthday ni oder drp Anom untuk birthday Rauqah di Taska. Kek blueberry + buttercream deco.

Thursday, April 9, 2009

Chocolate Blueberry Layer Cake


Kek Spiderman ni oder drp Hafizan. Untuk makan-makan, tapi nak gambar Spiderman... request oleh anak lelakinya. Terima kasih banyak2...hope u enjoy the cake.


Ni pula kek blueberry gak tapi oder oleh Hafizah. Nama lebih kurang ngan tokey gak dua oder kali ni hehehe....thanks Fiza.

Wednesday, April 8, 2009

Chocolate Blueberry Layer dan Pandan Layer


Kek-kek ni dioder oleh jiran Kak Sarina...alahai lupalah pula nama mereka. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga pada Kak Sarina kerana meng"introduce" kek saya kepada jirannya.

Saturday, March 28, 2009

Blueberry Layer lagi


Oder drp GK Sains & Matematik, Ckg Fuad untuk anak-anaknya. Terima kasih banyak2 Ckg Fuad....first oder from male customer.