Showing posts with label kek zebra. Show all posts
Showing posts with label kek zebra. Show all posts

Monday, November 1, 2010

KEK ZEBRA VERSI 2

Okay, hari ni nak berkongsi pula resipi Kek Zebra yang kedua.  Resipi ni saya ambil daripada buku Popular Cakes & Dessert oleh Chef Bernard Neoh, terbitan Y3K. Buku ni dwi bahasa, Mandarin dan English...so saya baca versi English la ye. Buku ni bagusnya, ditunjukkan langkah demi langkah penghasilan setiap resipi kek.  Okay, kek zebra kali amat menepati tekak saya sebab keknya gebu dan moist. Rasanya memang sedap.

Kek Zebra

200gm butter ( saya guna 250gm)
175gm marjerin (saya guna 125gm)
270gm gula kastor (saya guna 230gm saja)
7 biji telur gred B
300gm tepung gandum /superfine
1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
30gm serbuk koko
1 sudu besar serbuk nescafe/atau instant coffee + 1sudu teh air suam

1.  Pukul butter, marjerin dan gula hingga putih dan betul2 kembang, lebih kurang 8-10minit.
2.  Masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap kali selepas telur dimasukkan, putar lebih kurang 1 minit, ini untuk memastikan telur sebati betul dengan adunan. Kalau tak adunan akan berair.
3.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi, sebatikan.
4.  Masukkan 1/2 daripada susu cair ke dalam adunan, sebatikan.
5.  Bahagikan adunan kepada 2. satu bahagian dibiarkan asal dan satu bahagian dicampur dengan baki susu cair tadi, serbuk koko dan bancuhan nescafe.
6.  Sudukan adunan berselang seling ke dalam acuan yang telah dilengserkan dengan butter.
7.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180cc.

Sunday, October 31, 2010

KEK ZEBRA VERSI 1

Kali ni nak berkongsi dengan anda resipi kek zebra. Walaupun di laman-laman blog resipi yang lain dah ada, tapi saya nak tempek gak resipi ni untuk tatapan pengunjung blog saya dan juga sebagai koleksi saya.  Resipi ini saya ambil daripada blog rakan-rakan juga. Setelah meneliti beberapa resipi, akhirnya ini yang jadi pilihan saya untuk dicuba.  Famili saya memang gemar makan kek belang/marble/zebra ni...so saya cuba yang ini dulu.  Pada pendapat @ tekak saya, resipi ni menghasilkan kek yang agak kering.  Kek lembut, cuma kering sedikit saja....ok mari lihat resipinya.

Kek Zebra

250gm butter
230gm gula
2 sudu kecil ovalette
4 biji telur
270gm tepung superfine (tepung gandum pun ok)
1 sudu kecil baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar/susu cair
1 sudu kecil chocolate emulco

1.  Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
2.  Butter + gula + ovalette diputar hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan telur sebati setiap kali  dimasukkan.
4.  Masukkan tepung, guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
5.  Masukkan susu pekat dan sebatikan.
6.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko,choc emulco dan susu cair. 
7.  Lengserkan acuan dengan butter dan alaskan kertas minyak.
8.  Mulakan dari tengah loyang, sudukan adunan sesenduk demi sesenduk hingga habis.
9.  Bakar adunan pada suhu 180cc selama 40 - 50 minit atau hingga lidi bersih apabila dicucuk pada kek.