Showing posts with label kek kartun. Show all posts
Showing posts with label kek kartun. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Kak Miza
Vanila Spongecake with edible
8" @ 1kg

Sha

Strawberry Spongecake with Strawberry Filling
8" @ 1kg

Friday, January 22, 2010


Kek Span coklat
10in

Kek ni dioder oleh Amnah untuk birthday yang ke 5, anaknya Atie. Am tak mau edible Doraemon sbb tak real katanya. Maka inilah hasilnya...real ke?...hehehe. Apa pun Am sangat berpuas hati. Terima kasih Am.

Monday, November 23, 2009

Kek-kek Sebelum Cuti

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update N3. Dalam pada sibuk-sibuk tu, dapat jugalah penuhi ketiga2 oder ni. Cuma tak sempat nak upload dalam blog. Sekarang ni cuma lapang sikit je. Start 9hb Dis ni, kembali sibuk ngan tugas2...biasalah cikgu sekarang ni, namanya je cuti skolah, tapi kerja skolah tetap ada.



Kek carrot ni oder drp Mdm Anna untuk majlis harijadi kawan-kawannya.
Kek Carrot with Creamcheese Frosting
2.6kg



Ini pula oder drp Norul Hyda untuk birthday Arieq Zafri.
Kek Coklat Moist with Ben10 edible
2kg


Kek ini pula, dioder oleh jiranku, Linda, untuk birthday anaknya Fatin. Kek ini ada 2 flavour, satu lapis sponge blueberry dan satu lapis sponge vanila.

Kek Span Blueberry + Vanila
9inci

Saturday, October 24, 2009

Happy Birthday Aina dan Arfa


Kek Span Coklat
11x8in @ 2kg

Oder kali ni datangnya daripada Wan....customer lelaki yang kedua. Dia minta buatkan kek span coklat untuk hari lahir anak-anaknya. Sambut serentak birthday girl ni tetapi tarikh lahir mereka beza minggu je. Terima kasih buat Wan sekeluarga.

Friday, August 21, 2009

Happy Birthday ...



Kek Coklat Span
1.6kg @ 9inci

Oder daripada Cikgu Faridah untuk murid2 prasekolahnya yang lahir dalam bulan ini. Terima kasih banyak2 kerana tak putus oder drp saya.

Sunday, August 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY AINA....


Kek Span Coklat
10inci

Kek ni oder drp Kak Sarina untuk birthday anaknya Aina, yang ke 3. Betul-betul tak dak idea untuk kek kali ini. Dengan tak berapa sihat ni, ini ajelah yang termampu kuhasilkan. Memula ingat nak tolak oder ni. Tapi kesian pula pada Kak Ina, sebab dia slalu oder kek untuk birthday anaknya. Tambahan pula dia memang dah buat persiapan goodies bag untuk rakan2 nursery anaknya. Terima kasih banyak2 ya Kak Ina.

Saturday, July 25, 2009

Amsyar is 3


Ni oder drp my SIL untuk birthday anaknya Amsyar yang ke 3 tahun. Mula2 request edible Spiderman, tapi tak dak pula dalam stok aku. Nak pi beli pun tak sempat...so rembat je la sepanbob ni. HAPPY BIRTHDAY AMSYAR....

Thursday, June 25, 2009

Happy Birthday Hamizan...


Kek Span Coklat dan buttercream
9" @ 1.25kg

Ini pula oder drp Cikgu Faridah untuk harilahir anak muridnya di prasekolah....seronok bebudak tadika skrg ni, dapat potong kek kat skolah. Deco...out of idea lah pula malam tadi...jam 4.30 pagi baru masuk tidur. Terima kasih banyak2 Cikgu Faridah.

Friday, June 19, 2009

Kek Choclate Moist


Kek Chocolate Moist
8" @ 1.5kg

Kek Choc Moist ni dioder oleh Kak Norida untuk makan2 cum birthday anaknya yang dah lepas. Tak mau tulis apa2 cuma nak gambar spongebob ajer. Kali ni guna resipi kek choc moist kukus. Rasanya lebih moist dan sedap. Kek ini ku 'layer'kan choc ganache. Harap akak berpuashati dan terima kasih banyak2.

Friday, June 5, 2009

Happy Birthday Adam


Kek Sponge ngan filling Strawberry ni oder drp Fiza untuk birthday anaknya Adam...yang ke berapa ekk? Fiza tak gitau lah pula. Sebenarnya sebelum cuti lagi Fiza oder, hajat nak ambil last day sekolah tapi aku pula dah terlupa...sbb sambil sembang2 dia oder, hehehe. Tapi memang birthday nya esok 3hb Jun. Nak ambil awal tu sebab ada kenduri di kampungnya. Any way terima kasih Fiza.

Sponge Cake with Strawberry Filling
1.5kg (10")
Ben10 Edible Image

Tuesday, May 19, 2009

Happy Birthday Zikrullah dan Alia...


Kek Span Coklat + coklat buttercream + edible image
Saiz : 9x9 inci
Berat : 1.3kg


Kek Span Coklat + Buttercream + edible image
Saiz : 8x8 inci
Berat : 1.15kg

Kek edible barbie oder daripada Kak Farizah untuk anaknya Alia (pink). Sementara kek spongebob pula oder drp Faridah untuk anak-anak muridnya Zikrullah dan Alia( anak Kak Farizah). Wah, seronoklah anak2 murid Cikgu Faridah sbb ada dua kek dalam kelas mereka hari ni! Thanks to both for the oder.

Tuesday, May 12, 2009

Happy B'day Nabilah...


Oder drp jiran Kak Sarina untuk birthday anaknya Nabilah yang ke 10 tahun. Semoga panjang umur dan dimurah rezeki Cik Feeza doakan buat Nabilah.

Friday, May 1, 2009

Siti Najihah is 11th...



Oder kali ni drp jiran sblh rumah Lily iaitu K.Mahani. Kek blueberry layer, choc buttercream + edible image Barbie dan berat dalam 1.45kg. Semoga birthday girl ni suka dengan kek ni. Out of idea sebenarnya...cuti hari pekerja, idea pun cuti gak...hehehe.

Thursday, April 16, 2009

Happy B'day Najat


Kek blueberry layer dengan choc buttercream toping ni dioder oleh Ku Mahfuzah untuk anaknya Najat Yumnie yang berumur 1 tahun. Last minute Ku minta tambah nama anak saudaranya Ika. Terima kasih Ku. Kek ni bersaiz 9.5inci dan berat hampir 1.8kg. Ku minta gambar spongebob...(Ila, ni lah edible yang akak ambil ngan Ila aritu...)

Monday, April 13, 2009

Rauqah is 6...


Kek birthday ni oder drp Anom untuk birthday Rauqah di Taska. Kek blueberry + buttercream deco.

Monday, March 30, 2009

Happy Birthday Aisyah Aqilah


Oder drp Kak Sarina untuk anaknya Aisyah. Kek saiz 10 inci....nak dibawa ke tadika untuk sambutan Birthday di sana. Terima kasih daun keladi Kak Ina...ini kek ketiga yang dioder.

Saturday, March 28, 2009

Happy Birthday Irdina Izzati

My SIL oder 2 biji kek untuk birthday anaknya Irdina. Dua-dua kek span coklat, cuma deko je lain. Satu untuk dibawa ke Taska, yang warna oren dan satu lagi untuk makan2 family. Anak menakan ku ini request kaler oren dan pink untuk keknya dan nak gambar princess. Tak pernah lagi guna skema warna ni, mula2 dengar tu dah cuba bayangkan hasilnya...cemanalah kombinasinya ni. Tapi bila dah siap, cantik rupanya....hehehe sendiri masuk bakul.
Tapi inilah first time rasa penat giler bila dah siap deko kek-kek ni even deko yang simple. Sebabnya tak rehat langsung. Balik skolah petang tu terus bersilat kat dapur. Slalunya pagi sebelum ke sekolah, dah bakar kek siap-siap, so senanglah bila balik petang boleh lah berehat dulu. Tapi kali ni, banyak bahan yang tak ada. Nak keluar belipun, kedai kul 10 lebih baru buka dan slalunya aku jarang keluar bila atas pukul 10 sbb takut kalut nak bergegas ke skolah pula. So balik skolah petang tu baru pi beli bahan2 yang perlu. Apa lagi sampai rumah terus mulakan operasi. Pukul 5.30 pagi baru selesai semuanya....huhhh penat. Pagi esoknya, pukul 8.15 dah kena pi hantar. Nasib baik hubby tak da program pagi tu, bolehlah dia drive sbb kelopak mata aku dah tak leh angkat. Balik drp menghantar kek2 tu, sampai rumah terus zzzzzzz..... Bayangkan sepetang di skolah, dah berdiri @ ke huluhilir bergerak, balik rumah bersilat kat dapur dan berdiri lebih banyak drp duduk semasa mendeko....jem kakiku. Tapi memang seronok kerana my SIL dan Irdina suka sangat kek tu.

Spongebob


Kak Siti Marhaini minta buatkan kek blueberry layer gambar Spongebob tapi nak toping kaler cerah. So inilah hasilnya. Kek ni untuk sambutan harilahir anaknya, Arif dan nak dibawa ke skolah anaknya. Kek saiz 9x9in. Terima kasih Kak CT.

Wednesday, March 25, 2009

Blueberry Layer


Kek Blueberry Layer ni dioder oleh Kak Shakirah untuk anak-anaknya. Pertama kali cuba buat coklat yg meleleh kat tepi tu....sememeh sikit sbb tak kena cara.

Wednesday, March 4, 2009

Doraemon

Tadaaa...Kek Choc Blueberry ngan aksi Doraemon ni dioder oleh Kak Sharmila untuk birthday anaknya. Kek ni berukuran 9 x 14inci...sama saiz dengan kek Spongebob dan Car dalam N3 yang lalu. Susah gak nak lukis Doraemon ni rupanya. Kalau atas kertas tak da masalah, tapi atas kek ni mmg mencabar. Lain kali nak kena guna teknik transfer nampaknya. Kali ni idea tak berapa nak keluar...last2 tenggekkan sekor ulat kat atas kek tu (cam tak relate je kan?)