Saturday, March 28, 2009

Happy Birthday Irdina Izzati

My SIL oder 2 biji kek untuk birthday anaknya Irdina. Dua-dua kek span coklat, cuma deko je lain. Satu untuk dibawa ke Taska, yang warna oren dan satu lagi untuk makan2 family. Anak menakan ku ini request kaler oren dan pink untuk keknya dan nak gambar princess. Tak pernah lagi guna skema warna ni, mula2 dengar tu dah cuba bayangkan hasilnya...cemanalah kombinasinya ni. Tapi bila dah siap, cantik rupanya....hehehe sendiri masuk bakul.
Tapi inilah first time rasa penat giler bila dah siap deko kek-kek ni even deko yang simple. Sebabnya tak rehat langsung. Balik skolah petang tu terus bersilat kat dapur. Slalunya pagi sebelum ke sekolah, dah bakar kek siap-siap, so senanglah bila balik petang boleh lah berehat dulu. Tapi kali ni, banyak bahan yang tak ada. Nak keluar belipun, kedai kul 10 lebih baru buka dan slalunya aku jarang keluar bila atas pukul 10 sbb takut kalut nak bergegas ke skolah pula. So balik skolah petang tu baru pi beli bahan2 yang perlu. Apa lagi sampai rumah terus mulakan operasi. Pukul 5.30 pagi baru selesai semuanya....huhhh penat. Pagi esoknya, pukul 8.15 dah kena pi hantar. Nasib baik hubby tak da program pagi tu, bolehlah dia drive sbb kelopak mata aku dah tak leh angkat. Balik drp menghantar kek2 tu, sampai rumah terus zzzzzzz..... Bayangkan sepetang di skolah, dah berdiri @ ke huluhilir bergerak, balik rumah bersilat kat dapur dan berdiri lebih banyak drp duduk semasa mendeko....jem kakiku. Tapi memang seronok kerana my SIL dan Irdina suka sangat kek tu.

No comments: