Saturday, June 29, 2013

SIAKAP MASAK ASAM PEDAS 


Bahan-bahan:

2 ekor ikan siakap sederhana besar - siang dan potong kepada beberapa 
   bahagian
*3 biji bawang merah yang sederhana besar - kalau bawang ros/india tu guna 
  dalam 6 biji
*4 ulas bawang putih
*sehiris halia
*belacan - ikut suka
1 cawan cili giling - nak sedap lagi kisar sendiri cili kering
1 batang serai dititik
5 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
daun kesom 
1 batang bunga kantan - belah dua.
10 biji kacang bendi


1.  Kisar bahan-bahan bertanda *
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Biarkan naik bau baru 
     dimasukkan cili giling. Biar garing sedikit atau pecah minyak. Masukkan 
     serai dititik tadi.
3.  Masukkan bendi, biar bergaul dengan bahan tumis tadi dalam seminit. Ini 
     petua ibu mertua saya untuk mengelakkan bendi menjadi lembik.
4.  Masukkan air ikut kecairan yang anda suka. Saya guna dalam 3 1/2 cawan 
     air. Masukkan juga asam keping, daun kesom dan bunga kantan.
5.  Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap tadi. Masak dengan api 
     sederhana. Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan hingga 
     isi ikan tadi masak barulah boleh ditutup api.



Tuesday, May 28, 2013


PULL CHEESE BREAD


Jom buat roti untuk sarapan ataupun minum petang...anak-anak mesti suka.

PULL CHEESE BREAD

Bahan-bahan:


1 buku roti/baguette. Hiris seperti di atas atau ikut suka, tp jangan putus tau. Letak atas dulang yang beralas aluminium foil.


 
Ini bahan untuk inti. Ikut suka nak guna apa2 inti. Daging/ayam kisar pun boleh. Tumis dengan bawang dan tambah herba. Saya guna sosej yang ditumis, tambah chili flake dan sedikit oregano.

Ini bahan wajib ada. Kalau tak, tak jadilah pull bread. Saya guna 2 cheese di atas sahaja. Tapi kalau nak tambah cheese yang lain2 pun boleh, kecuali cream cheese :)  Cheese tu dipotong kecil-kecil agar boleh disumbatkan di celah-celah roti tadi.


Sumbatkan celahan roti yang dihiris tadi ikut suka. Kalau boleh biar semua hirisan ada cheese. Sebab bila dah masak nanti semua potongan terasa cheesenya.


Kemudian, letakkan pula inti tadi. Sumbat selagi boleh...hehehe...tapi awas, jangan terkoyak roti tu. Kemudian dibakar hingga cheese tu cair...jangan lama sangat, nnt roti tu keras. Untuk elak roti garing, boleh juga dibungkus dengan aluminium foil tadi. Bila dah masak bolehlah dihidangkan panas-panas...kalau sejuk nnt keju tu tak bertali.
SELAMAT MENCUBA :)







KUIH KOSUI/KASWI


 KUIH KOSUI/KASWI

Air gula:
1 3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
sedikit garam

Masak semua bahan di atas hingga larut, tapis dan biarkan sejuk

Batter:
1 3/4 cwn tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi + tepung jagung (campur kedua2 tepung utk dapatkan 1/4cwn)
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur

Kelapa + sedikit garam - kukus sebentar untuk elak kelapa basi

Cara-cara:

1.  Panaskan pengukus.
2.  Satukan semua bahan + air gula, blender halus.
3.  Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus dalam 1/2  
     jam atau hingga masak.
4.  Setelah masak, angkat dan sejukkan sebelum dipotong dan digaul kelapa.



Monday, March 18, 2013

KEK FLAN COKLAT @ KEK COKLAT KARAMEL

Dah banyak kali lihat kek ni di blog-blog luar negara, tapi bila nampak resipi ni dalam blog Nestles Kitchen macam terliur lah pula. Jadi balik sekolah tadi terus ke Tesco dan beli bahan-bahannya. Sebenarnya bahannya dah ada di rumah, cuma nak beli 'pre mix' kek coklat Pillsbury saja. 
Kalau dilihat, kek ni lebih kurang sama dengan kek pelangi puding karamel. Cuma yang ini menggunakan kek coklat moist, manakala kek pelangi tu menggunakan kek span. Resipi ni pun saya ubah sikit sukatan bahan-bahannya.
Kek baru siap (masa tulis N3 ini)...tapi biar sejuk dulu baru boleh dikeluarkan daripada loyang. Okay, mari kita tengok resepinya dulu. Gambar kek yang dah siap, esok saya update...:)



Inilah rupanya kek yang dah siap semalam....sedap sangat


KEK FLAN COKLAT

Kek:
1 kotak Pillsbury Moist Supreme Cake Mix(macam dalam gambar)
3 biji telur
1/3 cawan minyak (80ml)
280ml air - saya guna susu cair

Puding:
6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (Cap Teko/F&N lg sedap- ikut kemanisan masing2)
2 sudu besar esen vanila - banyak, tp hasilnya memang karamel bau harum

Karamel:
4 sudu besar gula

Cara-cara:

  1. Mula-mula sediakan karamel. Panaskan gula dalam kuali non stick hingga perang. Kacau perlahan hingga sebati. Tuangkan karamel ke dalam loyang bulat 9inci yang telah di sapu mentega. Ketepikan.
  2. Kita sediakan bancuhan puding. Campurkan kesemua bahan puding dan sebatikan...guna hand whisk saja...tak perlu pukul ya. Kemudian tapis bancuhan puding ke dalam loyang karamel tadi. Ketepikan.
  3. Untuk kek pun senang saja. Campurkan semua bahan kek tadi dan pukul hingga sebati selama 2 minit. Kemudian tuangkan ke dalam loyang karamel tadi.  
  4. Jangan terkejut bila tengok adunan kek tenggelam dalam bancuhan puding. Tak perlu kacau. Nanti bila dah siap bakar, kek akan naik elok saja dan puding akan berada di bawah.
  5. Letakkan loyang kek ke dalam loyang yang besar sedikit dan tuangkan air ke dalam loyang besar tu...teknik water bath. Bakar selama 1jam atau hingga kek masak. Suhu ikut oven masing-masing ya.
  6. Biarkan kek sejuk dulu, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam setengah supaya puding tu elok kerasnya. Bila dah cukup masa bolehlah terbalikkan kek atas pinggan untuk dihidangkan.


ni rupa kek yang telah dituang ke dalam puding...nampak bercampur sikit, tapi biarkan.

gambar kek daripada blog resipi Nestle Kitchen


Saturday, March 9, 2013

KEK KUKUS HAWFLAKES (ASAM MANIS)

Dah lama sangat tak update blog ni...memang tak berkesempatan dan sudah jarang-jarang memasak. Kalau masak pun, resipi yang biasa-biasa saja. Tapi hari ni, curi masa juga untuk mencuba resipi kek ni. Tengok di blog teman-teman blogger nampak macam sedap. Tambahan pula asam hawflakes yang ada dalam stok menghampiri tarikh expired ( hujung bulan 5)...masa beli dulu punya bersemangat nak buat kek lapis asam manis. Tapi bila dikekang oleh kerja yang bertimbun, kita tukar resipi menjadi kek kukus asam hawflakes ni...sebab senang, lepas adun terus kukus. Tak payah nak melapis segala bagai...memang bukan dalam zon rajin sekarang nih...:) Cubalah memang sedap kek ni. Gambar kejap lagi upload...kek masih mandi wap...hehehe.


KEK KUKUS ASAM HAWFLAKES/ASAM MANIS/ASAM GAMBIR

Bahan-bahan:
  • 325gm butter - saya guna 250gm butter + 75gm marjerin
  • 220gm gula kastor - kalau nak manis boleh tambah
  • 300gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • kepingan asam hawflakes secukupnya - potong halus
Cara-caranya:
  • Sediakan loyang yang telah digris dengan mentega dan tabur sedikit tepung...kalau rajin, potong kertas baking untuk alas.
  • Panaskan kukusan.
  • Pukul butter + gula + vanila hingga gebu.
  • Masukkan telur satu demi satu, setiap kali masukkan telur pukul adunan selama lebih kurang 1minit sebelum dimasukkan telur yang lain.
  • Masukkan tepung, kacau sebati.
  • Masukkan asam manis yang telah dipotong tadi.
  • Tuang ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukuslah selama 1 jam atau hingga masak.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.