Tuesday, September 29, 2009

Carrot Cupcake


Carrot Cheese Cupcake
25pc
Tempahan kek carrot ni datangnya daripada Haida. Minggu pertama puasa lagi dia booking tarikh, nak ambil pada raya keempat. Masa jumpa, baru tau, rupa2nya adik Haida ni exstudent suamiku. Terima kasih banyak2 ya Haida.

Kek-Kek Sebelum Raya

Oreo Cheese Cake(chilled)
8inci @ 1.16kg
Ini pula kek Cheese Oreo (chilled) tempahan drp Isfa. Terima kasih Isfa, harap menepati citarasa.

Kek Span Coklat
10inci @ 1.8kg
Oder drp Noriah untuk birthday suaminya.

8inci@ 1.5kg
Kek Carrot ni pula oder drp Hedayah.

9inci @ 2kg++
Pandan Layer oder drp Kak Azimah dan Iyta (tokey iyta frozen food). Terima kasih daun keladi.

Monday, September 21, 2009



Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini, teman-teman blogger dan semua pelanggan PRETTY LITTLE CAKE.

Friday, September 4, 2009

PUTERI MANDI


Salah satu juadah pencuci mulut yang perlu ada dalam bulan puasa. Baru selesai buat ngan anak dara ku yang sorang ni. Memang suka sangat dengan masakan pantai timur ni. Sapa2 yang rajin boleh cuba buat, mudah aja.

Puteri Mandi

Bahan A:
2 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya
pewarna makanan

Bahan B:
1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
garam secukupnya
2 helai daun pandan

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
  3. Sementara tu didihkan setengah periuk air.
  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
  5. Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  6. Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  8. Masukkan 'puteri-puteri' yang telah ditoskan tadi dan gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan.
  9. Sedap dihidang untuk minum petang pada hari biasa dan pada waktu berbuka nanti.

Wednesday, September 2, 2009

Ketupat Sotong


Semalam pi pasar malam, terjumpa ngan sotong saiz XXL. Terus terbayang dalam kepala nak buat ketupat sotong. Sotong saiz ni memang sesuai sangatlah, sbb sotong ni kalau dimasak akan mengecut. So kalau saiz besar ni memang elok je duk dalam pinggan dan puas makan. Lagipun dah lama anak dara sorang ni minta buatkan ketupat sotong. Ini style Kelantan...tapi saya olah sikit ikut selera.

KETUPAT SOTONG

Bahan2:
700gm sotong xxl (lebih kurang 4ekor)
1/2 cwn beras pulut - rendam, cuci dan toskan
1 ketul gula melaka - kalau suka manis boleh tambah
200ml santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 batang pencungkil gigi

Cara-cara:
  1. Bersihkan sotong, tapi jangan buang tulangnya.
  2. Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong, lebih kurang 1/3 penuh. Beras pulut tadi pun akan ada baki sedikit....don't worry.
  3. Ambil janggut/kepala sotong tadi, masukkan ke dalam sotong. Sematkan dengan pencungkil gigi.
  4. Sementara tu didihkan gula melaka dan air hingga larut.
  5. Masukkan sotong tadi ke dalam periuk air gula melaka. Masak lebih kurang 10 minit, hingga sotong sedikit mengecut, keluarkan sotong dan ketepikan dahulu.
  6. Masukkan lebihan beras pulut ke dalam kuah sotong tadi dan masak hingga pulut kembang...baru masukkkan ketupat sotong tadi, santan,garam, serta daun pandan. Sekiranya perlu, tambahkan sedikit air agar sotong tenggelam.
  7. Tutup periuk dan jerang menggunakan api yang kecil sehinggalah kuahnya pekat sedikit....kacau sekali-sekala.
p/s: kalau nak cepat, boleh juga kukus/tanak dahulu pulut. Kemudian sumbatkan saja ke dalam sotong. Style yg saya buat kat atas tu, ada pulut juga dalam kuahnya. Memang sedap...bagi sayalah. Tapi kalau cara sebenarnya, tak perlu masukkan beras pulut yang lebih tu. So terpulang kepada citarasa memasing.

Tuesday, September 1, 2009

Sambal Hitam

Skrg nak share resipi orang Pahang iaitu Sambal Hitam....saya bukan orang Pahang tapi dapat resipi ni drp kawan di sana. Memang sedap kalau makan ngan nasi panas. Bahannya mudah, cuma masa masaknya lama sikit...tapi sambal ni tahan kalau disimpan. Memang sesuai dalam bulan posa ni, nak pula time sahur. Gambar tak da lah pula...

SAMBAL HITAM

Bahan2:
100gm ikan bilis- buang perut & kepala, nak senang beli yg dah siap buang kepala
50gm cili padi
10 biji belimbing besi/buluh - rebus hingga layu
1 labu bawang besar
garam secukup rasa
125ml minyak masak

Cara2:
  1. Tumbuk cili padi hingga lumat
  2. Kemudian tumbuk ikan bilis sehingga pecah-pecah (jgn lumat pula)
  3. Kemudian masukkan belimbing rebus dan tumbuk bersama-sama ikan bilis tadi.
  4. Panaskan minyak dan goreng semua bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama bawang besar yang telah dihiris. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna sambal ini bertukar gelap.....bukan hangus ekkk.
  5. Jangan lupa buh garam...
  6. Bila dah masak, boleh makan terus ngan nasi @ sejukkan dulu, baru disimpan dalam bekas yang kedap udara.

Salam Ramadhan....

Salam semuanya...
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya juga masuk blog sendiri. Memang bermasalah coverage di rumah, agaknya kawasan ni memang susah nak dapat line...tambahan pula musim hujan begini. Tapi kalau keluar dari kawasan ni okay pula...entahlah. Tu yang jarang buka internet...buat sakit hati dan hilang sabar...nnt kurang lak pahala posa ni.
Tapi pagi ni lepas sahur try lah buka....tu diaaa, speed dan volume connection punyalah tinggi/laju. Agaknya orang kurang guna time2 ni kut...terus je dapat. Sempat gak menjelajah ke blog kengkawan. Tapi masuk primetime sat lagi sure tak susah nak connect....cuba ajalah.

Biskut Snow Almond

Okay kali ni nak kongsi resipi biskut raya pula. Rasanya dah ramai yang tahu dan pernah buat biskut ni. Tapi tak apalah, untuk sesiapa yang tercari2 resipinya, meh kita cuba. Resipi ni saya ambil drp majalah SAJI September 2007. First time cuba masa raya tahun lalu, mmg sedap biskut ni. Tahun ni belum sempat buat lagi...bila dah buat nanti saya uploadkan gambar versi saya pula.

SNOW ALMOND

Bahan A:
220gm butter
1 sudu besar shortening
100gm gula kastor
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B:
220gm tepung gandum
50gm nestum(dikisar)
2 sudu besar coffeemate (saya ganti ngan susu tepung)
70gm tepung ubi
40gm badam kisar

Bahan hiasan:

White Breadcrumb (beli di kedai bakeri)
coklat masakan

Cara-cara:
  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.