Wednesday, September 2, 2009

Ketupat Sotong


Semalam pi pasar malam, terjumpa ngan sotong saiz XXL. Terus terbayang dalam kepala nak buat ketupat sotong. Sotong saiz ni memang sesuai sangatlah, sbb sotong ni kalau dimasak akan mengecut. So kalau saiz besar ni memang elok je duk dalam pinggan dan puas makan. Lagipun dah lama anak dara sorang ni minta buatkan ketupat sotong. Ini style Kelantan...tapi saya olah sikit ikut selera.

KETUPAT SOTONG

Bahan2:
700gm sotong xxl (lebih kurang 4ekor)
1/2 cwn beras pulut - rendam, cuci dan toskan
1 ketul gula melaka - kalau suka manis boleh tambah
200ml santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 batang pencungkil gigi

Cara-cara:
  1. Bersihkan sotong, tapi jangan buang tulangnya.
  2. Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong, lebih kurang 1/3 penuh. Beras pulut tadi pun akan ada baki sedikit....don't worry.
  3. Ambil janggut/kepala sotong tadi, masukkan ke dalam sotong. Sematkan dengan pencungkil gigi.
  4. Sementara tu didihkan gula melaka dan air hingga larut.
  5. Masukkan sotong tadi ke dalam periuk air gula melaka. Masak lebih kurang 10 minit, hingga sotong sedikit mengecut, keluarkan sotong dan ketepikan dahulu.
  6. Masukkan lebihan beras pulut ke dalam kuah sotong tadi dan masak hingga pulut kembang...baru masukkkan ketupat sotong tadi, santan,garam, serta daun pandan. Sekiranya perlu, tambahkan sedikit air agar sotong tenggelam.
  7. Tutup periuk dan jerang menggunakan api yang kecil sehinggalah kuahnya pekat sedikit....kacau sekali-sekala.
p/s: kalau nak cepat, boleh juga kukus/tanak dahulu pulut. Kemudian sumbatkan saja ke dalam sotong. Style yg saya buat kat atas tu, ada pulut juga dalam kuahnya. Memang sedap...bagi sayalah. Tapi kalau cara sebenarnya, tak perlu masukkan beras pulut yang lebih tu. So terpulang kepada citarasa memasing.

No comments: