Showing posts with label Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Cupcake. Show all posts

Friday, June 26, 2009

Cupcake Elmo


Hehehe...dapat buat cupcake lagi. Kali ni oder drp Hafizan pula untuk dibawa ke nurseri sempena birthday anaknya. Nak try buat Elmo la pula...(sker ngan nozel bulu2 ni). 25pc untuk nurseri dan 6pc untuk yg di rumah. Juga menggunakan resipi chocmoist. Terima kasih Fizan...semoga Adam suka ngan Elmo yg cik Feeza buat ni.

Thursday, June 25, 2009

Cupcake


Dah lama tak buat cupcake, tiba-tiba Kak Kauthar oder cupcake untuk makan2 lagi. Kek coklat aritu tak cukup...hehehe. Cupcake ni coklat moist dengan toping buttercream. Huruf2 tu ialah huruf pertama nama anak2 Kak Kauthar iaitu Fathinah, Musfirah dan Ahmad Farouq....semoga mereka suka dapat cupcake ni. Terima kasih kak...

Thursday, April 23, 2009

1st Carrot Cuppies


Oder drp Fazlina untuk makan2....orang tgh ngidam nii. Tak mau kek besar, nak cuppies je sbb comel...hehehe. Harap ianya memenuhi citarasa...thanks sis.
p/s: Kak Ana(Elianas),camner? Okay tak ni? hehehe...kena rujuk sifu gak.
Ini pula xtra adunan, so guna acuan oval je...tu pun dapat 2 biji. Satu Kak Sal ambil dan satu lagi Kak CT Zaharah.....terima kasih bnyk2.

Friday, February 13, 2009

Cupcake


Ini oder drp Kak Kauthar untuk makan2. Kak Kauthar request ChocMoist CC, buat deco cemana pun tak pa...ini lah yang sempat kubuat sebab nak deco kek untuk Lily pula. Thanks Kak.
Ini pula xtra drp cuppies Kak Kauthar tadi...letakkan dalam pakaging 6pcs, dapatlah 3 kotak. Jual kat kengkawan kat skolah...tak cukuplah pula. Nnt kita buat lain ekk kengkawan...

Wednesday, December 24, 2008

Cuppies Jamuan


Hari ni mesyuarat,biasalah dah nak mula sessi persekolahan tahun baru . So dari petang semalam membaking cuppies ni untuk dibawa ke sekolah....kenduri untuk kengkawan cum promosi gak. Semuanya ada 140pcs....buat xtra.
Cuppies ni perisa Choc Moist. Memula tu nak topping semua cuppies dengan ganache tp tak cukup pula, so buat buttercream je lah. Nak buat ganache pun dah tgh malam, nnt tak tidur lah pulak. Esok kul 8.30 pagi mula meeting. Pukul 1.35 am baru siap semuanya termasuk pakaging. Nasib baik anak dara sorang ni rajin menolong.

Thursday, November 20, 2008

Kelas Cuppies

Ini adalah sebahagian daripada cupcake yang saya hasilkan dalam kelas cupcake yg dianjurkan oleh Kak Ana Elianas di rumahnya...pd bulan Ogos yang lalu.

Bermula daripada kelas inilah saya mula 'bermain' nozzle & buttercream untuk mendeko kek dan cuppies. Terima kasih tak terhingga pada Kak Ana atas ilmu yang dikongsikan.