Friday, March 30, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Kerdas

Buah Kerdas aka Genuaq/Geduaq 
gambar sumber internet (terima kasih tuan punya gambar)


Sambal Ikan Bilis dengan Kerdas
(gambar sendiri)


Bahan-bahan:
2 piring kecil buah kerdas (selalu di pasar, kerdas yang telah diasingkan daripada kulit dijual dalam piring-piring kecil)
2 biji ubi kentang - dihiris 
200 gm ikan bilis
1 cawan cili kering yang telah dikisar halus - kalau suka pedas boleh tambah
4 ulas bawang merah [dihiris halus]
1 ulas bawang putih [dihiris halus]
Sedikit air asam jawa
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kerdas sampai masak. Angkat dan toskan.
Kemudian goreng ubi kentang sampai masak. Angkat dan toskan.
Selepas itu goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan cili merah dan kacau sehingga pecah minyak. 
Masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan kerdas, kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. 
Gaul rata sehingga sebati.
Angkat dan sedia dihidang. 

p/s: kalau suka, boleh juga dibuang kulit ari kerdas ni dengan merendamnya semalaman untuk memudahkan kulitnya dikupas.


No comments: