Friday, February 4, 2011

Pumpkin Cheesecake





Beberapa hari yang lalu family suami datang ke rumah. Mak mertua beri sebiji kecil labu kuning. Dah dua tiga hari tersadai kat tepi kabinet...sambil mencari idea apalah nak buat dengan labu ni. Cucur labu pun dah biasa buat. Merajinkan diri surf internet...singgah ke blog AlongRoz "Home Kreation".  Ternampaklah kek cheese labu yang sedap. Apalagi, terus ke dapur mengerjakan labu yang mak mertua bagi.  Kebetulan, bahan-bahan yang diperlukan memang dah ada dalam simpanan. Cuma labu tak cukup sukatan 2 cawan, sebab kecil jer buahnya, so taklah rasa sangat labunya. 'Crust' pula terlebih tebal tepinya. Resipi pun tak ikut 100% resipi Along. Sesiapa yang nak resipi asal boleh klik link sini.
Kek ni ku bawa ke rumah mertua sbb adik-beradik suami balik bercuti Tahun Baru Cina. Disebabkan anak-anak buah suka coklat, maka ku siramkan atas cheesecake tu dengan coklat ganache dan sagat sedikit coklat putih...baru ler 'jalan'. Kalau tak lambat juga nak luak. Okay, ini resipi yang saya buat.


KEK CHEESE LABU
Bahan untuk base:
1 bungkus/400gm biskut digestive (boleh kurangkan sedikit)
200gm butter - cairkan
1 cawan tepung gandum
-gaulkan kesemua bahan di atas dan tekan ke dalam acuan 9"
-bakar selama 10 minit dan biarkan sejuk sebelum dituang filling.


Bahan-bahan Filling:
2 cawan puri labu  ( labu dikukus dan dilecek)
250gm cream cheese
200gm/1cawan non dairy whipping cream (tak perlu pukul)
2 biji telur
1/4 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
100gm gula halus
  • satukan cream cheese dan gula, pukul hingga gebu
  • masukkan teur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  • kemudian masukkan whipping cream, pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
  • masukkan tepung dan puri labu, gaul sebati.
  • tuangkan adunan ke dalam base tadi.
  • bakar dengan teknik waterbath (letakkan acuan kek ke dalam loyang      yang besar sedikit yang berisi air), suhu 150cc - 180cc selama 1 jam.
  • bila dah masak, biarkan 1/2jam di dalam oven. Selepas tu sejukkan di dalam peti ais semalaman atau sekurang-kurangnya 5jam. Bolehlah hias ikut selera anda.

No comments: