Thursday, March 11, 2010

Jemput-jemput/Cekodok Labu

Sebenarnya beli labu ni dah tiga empat hari. Kononnya nak buat pai labu. Tapi bila dah rebus dan sudah ku lenyek-lenyekkan labu tu....tetiba rasa cam malas lah pula nak sediakan kulit pai. Makanya akupun ubah halatuju ke cekodok labu....hehehehe.....suka hati aku lah labuuu.... Apa-apa pun, bila dah baik daripada jangkitan "M" tu nanti, akan ku buat juga pai tu....tungguuuuuu.

CEKODOK LABU
  • 600gm labu - direbus atau dikukus dan dilenyek 
  • 260gm tepung naik sendiri
  • 110gm gula halus
  • 1 cawan susu cair
  • secubit garam
Cara-cara:
  1. Campurkan labu, gula, garam dan susu cair. Sebatikan.
  2. Masukkan tepung dan kacau sebati....agak-agak sesuai untuk dijemput-jemputkan. Kalau cair tambahkan tepung sedikit.
  3. Gorengkan dalam minyak yang panas. Bila masak, angkat dan toskan dengan tisu serap minyak/tisu dapur. Boleh lah hidangkan untuk minum pagi atau minum petang.

Sunday, March 7, 2010

Baked Oreo Cheesecake


Bahan-bahan

Base:-
2 bungkus biskut Oreo( yg pek panjang), buang krimnya dan hancurkan biskut
50gm butter dicairkan

Bahan Filling:-
500gm cream cheese - lembutkan
200gm gula halus
1/2 cawan sour cream

400gm whipping cream
2 biji telor
30gm tepung
1/2 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara

Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Pukul cream cheese dan gula dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.....tambahkan sourcream, sebatikan.

Masukkan whipping cream, kacau sebentar saja. Agak2 sebati.
Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.

Bakar secara "waterbath/steambath" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
Bila dah masak, jangan terus keluarkan drp oven. Biarkan kek sejuk dalam oven dengan renggangkan sedikit pintu oven tu. Ini untuk mengelakkan kek retak dan tenggelam.
Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam barulah boleh hias ikut citarasa anda.

Sunday, February 28, 2010

Cheesy Wedges Sos

Semalam gi jenjalan ke rumah kak rinn salah seorang FP yang selalu masak masakan yang boleh melelehkan ayaq liuq...hehehe. Ternampaklah resipi cheesy wedges ni. Memang dah lama mencari resipinya sebab anak dara  aku ni suka sangat ngan cheesy wedges kat KFC tu. Tapi penat gak lah kalo nak beli selalu. Macam kak rinn juga, sebelum ni aku ingatkan depa guna sos mustard...rupa-rupanya cheddar juga. Apa2 pun terima kasih pada kak rinn kerana berkongsi resipinya. Sekarang nak kongsi lak dengan pengunjung2 FLK lah pula....















Sos Cheesy Wedges

Bahanya:
400gm fries/Wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna orange - saya guna yg slice.
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
125 ml @ 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar sour cream - tak letak sbb lupa
sikit Mayonis


Caranya:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Saturday, February 27, 2010

Kek Coklat Marble Cheese
















Bahan A
180 g butter
140 g gula castor
3 biji telur
20 g serbuk koko*
120 g tepung naik sendiri*
1 tsp baking powder *
*- diayak bersama-sama

Bahan B
250 g cream cheese
50 g gula castor
1 tsp vanilla essence
1 biji telur

Cara
1. Pukul butter and gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Dlm bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan.
7. Tuangkan baki adunan A.
8. Bakar dlm oven 160 C selama 1 jam

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Dato' Hashim Embi...

Tengahari kelmarin, aku menerima sms daripada kawan baikku sejak dr sekolah menengah lagi iaitu Suhaila. Sue memaklumkan bahawa ayahanda kesayangannya Dato' Hashim Embi telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.57 pagi. Bagi sesiapa yang masih ingat, arwah merupakan seorang pembaca berita yang berkarisma di RTM pada era 80an dulu. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Buat Sue sekeluarga...tabahkan hati dan kuatkan semangat.

Thursday, February 18, 2010

Salam sejahtera buat semua pengunjung Feezalovelykitchen dan PrettyLittleCake.
Mulai sekarang, semua N3 berkaitan tempahan kek,akan diletakkan di rumah baru saya iaitu Pretty Little Cake. Manakala 'rumah' ini tetap wujud cuma isi kandungannya saja yang berbeza...namun tak lari drp topik orang dapur juga. Harap dapat berkongsi dengan anda semua apa saja yang berkaitan dengan dunia masakan...insya allah.

Sunday, February 14, 2010

PENGUMUMAN....

Atas sebab-sebab teknikal, kini PRETTY LITTLE CAKE telah berpindah ke alamat baru. Dijemput tetamu2 yg singgah ke'rumah' ini, menjenguk ke'rumah' baru kami....terima kasih. Mohon maaf atas segala kesulitan ini...

Kepada followers Pretty Little Cake, sudilah kiranya mem'follow' di rumah baru...hehehe...terima kasih banyak2 buat anda semua.

Sila klik untuk ke PrettyLittleCake

http://prettylittlecake.blogspot.com

Saturday, January 30, 2010

Kelas Coklat Ganache Inasaly

Okay, lepas ni sesiapa yang teringin cokalat kek yang ada roses yang rimbun cenggini, bolehlah oder ngan PrettyLittleCake.

Dua lagi tu kek oleh Mimie dan Jaja....happening tul kelas Inasaly ngan kerenah 2 orang ni. Harap dapat jumpa lagi.
Kak Miza
Vanila Spongecake with edible
8" @ 1kg

Sha

Strawberry Spongecake with Strawberry Filling
8" @ 1kg

Friday, January 22, 2010


Kek Span coklat
10in

Kek ni dioder oleh Amnah untuk birthday yang ke 5, anaknya Atie. Am tak mau edible Doraemon sbb tak real katanya. Maka inilah hasilnya...real ke?...hehehe. Apa pun Am sangat berpuas hati. Terima kasih Am.

Kek Carrot

Kedua-dua kek karot ni merupakan tempahan awal minggu Januari 2010.
Carrot cake with cream cheese toping
10in @ 1.6kg



Carrot Cake with cream cheese
8in @ 1kg

Monday, November 23, 2009

Mari kita buat roti...





Dah terlalu lama rasanya tak buat roti. Selalu buat kek aje, tiba-tiba arini terajin lah pula nak meroti. Itupun setelah seminggu beli buku Koleksi Roti terbitan One Publisher....buku ni memang menarik sebab disertakan sekali gambar teknik2 asas buat roti. So hari ni aku cuba satu daripada resipi yang terdapat di dalamnya (...walaupun dah ada asas buat roti, seronok juga sekali-sekala ikut buku)...jemput makan...hehehe

Kek-kek Sebelum Cuti

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update N3. Dalam pada sibuk-sibuk tu, dapat jugalah penuhi ketiga2 oder ni. Cuma tak sempat nak upload dalam blog. Sekarang ni cuma lapang sikit je. Start 9hb Dis ni, kembali sibuk ngan tugas2...biasalah cikgu sekarang ni, namanya je cuti skolah, tapi kerja skolah tetap ada.



Kek carrot ni oder drp Mdm Anna untuk majlis harijadi kawan-kawannya.
Kek Carrot with Creamcheese Frosting
2.6kg



Ini pula oder drp Norul Hyda untuk birthday Arieq Zafri.
Kek Coklat Moist with Ben10 edible
2kg


Kek ini pula, dioder oleh jiranku, Linda, untuk birthday anaknya Fatin. Kek ini ada 2 flavour, satu lapis sponge blueberry dan satu lapis sponge vanila.

Kek Span Blueberry + Vanila
9inci

Sunday, November 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO....



....my daughter and me too...hihihi. Alahai siannya anak umi dan umi...kek cawan je lah ya. 6Nov aritu birthday anak daraku dan arini birthday uminya. Uminya buat kek kat orang je...untuk anaknya, kek cinonet dah lah yer, :-D. Sebenarnya anak aku ni kurang makan kek, tu yang tak leh nak buat besor2 nyer kek...tak habis. Tapi yang sebenarnya...nak buat hujung bulan ni, sambut ngan anniversary sekali, insya allah. Sekarang ni memang masa aku tight sangat...dengan PMR lah, lepas ni SPM pula. Selagi tak abis sekolah dan exam ni memang sibuk giler...tambah2 ujung tahun ni.

Saturday, October 31, 2009

Kek Prune Kukus


Kali ni kongsi resipi Kek Prune Kukus yang dibuat beberapa hari yang lepas. Selalunya Kek Prune ni aku bakar tapi aritu teringin nak cuba versi kukus. Resipi tak ingat amik drp mana, memang agak mudah aje nak membuatnya dan hasilnya memang sedap. Terima kasih kpd tuan empunya resipi. Mailah pakat2 cuba membuatnya...

KEK PRUNE KUKUS

Bahan:
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan gula halus - kalau tak suka manis, boleh kurangkan sedikit
1/4 cawan susu pekat manis
340gm prune sunsweet- asingkan 10 biji...5 biji untuk hiasan dan 5 biji lagi hiris kasar.
1/2 cawan air
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:
  1. Didihkan air kukusan
  2. Kisarkan prune dengan 1/2 cawan air tadi. Jangan terlalu halus.
  3. Ayak tepung + soda - ketepikan.
  4. Putar butter + gula + susu sehingga sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu. Putar seminit setiap kali telur dimasukkan...nak bagi telur tu betul-betul sebati.
  6. Masukkan prune yang telah dikisar tadi, sebatikan.
  7. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  8. Masukkan pula prune yang telah dihiris kasar...yang ni aku tertinggal, sbb tu kat dalam kek tu tak nmpk prune.
  9. Griskan loyang, tuang adunan dan susunkan prune. Tutup loyang dengan aluminium foil...untuk mengelakkan air menitis ke dalam kek.
  10. Kukus kek selama 1 1/2 jam.