Monday, February 9, 2009

Chocolate Chip Cheesecake


Ini projek tertangguh.....bahan dah lama beli,cuma mcm tak confident je nak buat. Sbb kat rumah ni benda yang cheezy2 depa kurang makan. Tapi semalam kuatkan juga smgt meneruskan projek ni. Yeah...terhasilah cheesecake ku ini. Resipi drp buku Alex Goh. Dah kata dah, bila rasa sepotong terus depa surrender....huhuhu. Nampaknya rezeki kengkawanku kat skolah le ni.

Saturday, February 7, 2009

Kek Lapis Coklat


Kek Lapis Coklat ni buat untuk makan-makan. Second time buat kek lapis ni. Ikut resipi drp blog Rozzan. Cuma ubahsuai sikit je...resipi nanti saya letak.

Friday, February 6, 2009

Spiderman


Kek Chocolate Moist oder drp my SIL untuk anak terunanya Mohd. Amirun Arif yang belajar di SM Sains Perlis. Ulangtahun yang ke 15...tahun ni PMR lah ye. Arif ni memang suka watak Spiderman. Mula-mula nak lukis je muka si Spiderman ni, tapi cam tak smpat je so tempek je edible, sbb petang ni my SIL nak bawa balik ke Changlun. Ok stop kat sini dulu....nak hantar kek ni ke rumah ibu mertuaku, my SIL tunggu sana.

Sunday, February 1, 2009

Quiche & Brownies


Ini pula aktiviti dengan anak untuk menghabiskan masa Cuti Tahun Baru Cina aritu. Tak ke mana-mana so buatlah quiche ngan brownies ni. Inti quiche tu guna apa yang ada dalam stok je. Pastu guna acuan bulat biasa, fillingnye penuh sbb tu tak nampak mcm quiche pun...anak kata "Tak apa asalkan sedap kira oklah Umi"....

Kek Buah


Resipi kek buah ni saya ambil daripada majalah Jelita keluaran Disember 1995...saya ni memang minat mengumpul resipi sejak zaman sekolah lagi. Tapi jarang cuba semua resipi, sbb beberapa kali terkena resipi yang tak menjadi. Inilah resipi Kek Buah yang pertama saya cuba bertahun yang lalu dan hingga sekarang saya guna resipi ni. Insya Allah menjadi coz ini resipi Pn. Charijah Dato' Shariff.
Tapi kek kali ni terlebih masa kat dalam oven sbb saya ralit tgk Midsomer Murder...timer oven rosak pula, tu yang terlebih perang keknya =D. Ok ni resipinya:
Kek Buah
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
(ayak semua bahan di atas)
3/4 cawan butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
Bahan B (digaulkan semuanya)
1/2 cawan badam hiris
1 cawan kismis
1 cawan kulit limau
1/2 cawan ceri - semua buah ni(kecuali badam) saya ganti ngan sekotak Fruits Mix 375gm
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan madu
1/2 camca teh bawang putih tumbuk - saya tak pernah letak
1. Satukan semua bahan yang telah digaulkan tadi dengan tepung yang telah diayak. Sebatikan
dan ketepikan dahulu.
2. Putar butter dan gula perang hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji....lebih kurang seminit selang sebiji tu, ini untuk pastikan
telur tu betul2 sebati.
4. Kemudian masukkan bahan no. 1. Kacau guna senduk kayu atau spatula saja, hingga
semuanya bercampur rata.
5. Lapik dasar dan tepi acuan bulat 8" dengan beberapa lapis baking paper. Ini untuk
mengelakkan kek daripada hangus.
6. Masukkan adunan dan bakar dalam 1jam 1/2 atau hingga masak.
7. Setelah masak keluarkan daripada oven dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil
dan biarkan sejuk. Ini untuk menjadikan kek agak lembap. Kemudian keluarkan daripada
acuan dan balut kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan masuk angin. Kek ni lagi
sedap kalau dimakan selepas beberapa hari kerana rasa buah-buahnya mula meresap.

Saturday, January 24, 2009

Choc Moist Cake

Kek Nanas Terbalik lagi...


Kek Nanas Terbalik ni dioder oleh Anom untuk dibawa ke Genting Highland...cuti-cuti M'sia ngan family dia. Selamat bercuti....

Friday, January 23, 2009

Chocolate Blueberry Lagi


Kak Shikin request Chocolate Blueberry juga. Kek ni untuk anaknya sempena harilahir Kak Shikin...??? Sebenarnya birthday mak,tapi anak yang kecil nak potong :-D. Biasalah tuuu...anak-anak. Apa-apa pun semoga gembira...

Thursday, January 22, 2009

Oder Untuk Hujung Minggu

Tempahan daripada Kak Normah

Chocolate Blueberry (tapi deko ngan stoberi...:-D) ni dioder oleh Kak Normah last week lagi. Untuk makan-makan ngan family sempena cuti hujung minggu ni. Semua anaknya akan balik bercuti sempena Tahun Baru Cina. Thanks kak for the oder.


Tempahan oleh Kak Shikeen HEM

Ini pula Carrot Cake untuk Kak Shikeen HEM...pun untuk makan-makan sekeluarga. Hope all of you enjoy the cakes...:-D

Tuesday, January 20, 2009

Bebola Coklat/Choc Truffles



Ini pula Bebola Coklat yang dibuat daripada lebihan kek Choc Moist yang ku potong-potong. Anak daraku teringin benar nak makan Bebola Coklat ni...so apalagi,peluang untuk maknya bereksperimen lah. Cuma guna peanut butter dan sedikit jem strawberry untuk diadun dengan lebihan kek. Tapi choc rice tak cukup stok...tu yang nampak kureng sikit. Anyway rasanya sedap kalau dikurangkan sikit manisnya

Happy Birthday Pak Usu


Kek Choc Moist untuk adik ipar yang tgh training kat Ipoh. Rumputnya ada yang jarang sikit sbb musim kemarau :-D. Ini pun adhoc oder gak dari MIL. They all nak pi Ipoh awal pagi Sabtu aritu...saya pula sekolah ganti Sabtu tu juga. So petang Jumaat tu juga buat kek ni, malam pi hantar ke rumah MIL. Sampai rumah dah pukul 11.00 mlm....terus rebus kacang hijau yang telah diamanahkan padaku untuk program Bubur Asyura di sekolah esok pagi.

Friday, January 16, 2009

Kek Carrot


Ini pula Kek Carrot yang dioder oleh Amnah. This is the second oder from her after Spongebob...thanks Am. Am kata ,kek ini untuk makan-makan ngan family je...hope all of u enjoy the cake :-D

Anas & Adeena


Kek sponge blueberry untuk birthday Anas dan Adeena. Lily request kek span coklat dengan blueberry filling, tapi nak toping ganache dan letak strawberry banyak-banyak coz si Anas ni memang suka sesangat buah strawberry. Happy Birthday to Anas & Adeena.

Saturday, January 10, 2009

Kek Spongebob



Kek Spongebob yang dioder oleh Amnah untuk birthday anaknya Atie. Selamat Harilahir yang ke 4, Atie!! Awalnya Amnah nak Spongebob 3D, tapi sayang pula nak potong-potong kek tu untuk membentuk Spongebob...so Am kata ikut mana yang sesuailah. Inilah hasil akhirnya. Kek span coklat layer ngan butter cream + ganache, toping butter cream. Kek ni saiz 14"x 9.5". First time lukis Spongebob atas kek...okay tak? To Amnah, Terima kasih daun keladi.... :-D

Saturday, January 3, 2009

First Cake in 2009



Ini kek pertama bagi tahun 2009. Kek Blueberry Chocolate ni ditempah oleh one of my bestfriend, Anom, untuk birthday hubby nya...semoga panjang umur dan murah rezeki. Anom request kek span vanilla je sebab nak salut ngan ganache so taklah rasa coklat smuanya.


Ini pula versi untuk sendiri makan, anak daraku sibuk nak rasa juga. So buatlah satu,tapi tak ada deco. Kek span vanilla, kat tengah tu filling blueberry + freshcream, toping dengan choc ganache....memang sedap.