Friday, February 18, 2011

MACARONS


Lihatlah gambar di atas ni...cantik jer kan rupa Macaron ni....tapi ini bukan hasil tanganku okay. Sebenarnya dalam beberapa hari ni, merajinkan diri merayau ke setiap blog yang menghasilkan manisan barat ni. Nampak sedap jer kan???? Kalau nak tengok dan baca lebih lanjut, boleh lah ke sini. Banyak tips yang berguna boleh didapati. Sekiranya anda nak resipi langkah demi langkah boleh klik sini.

Tapi bagi orang yang kurang menggemari makanan yang manis...seperti aku...macaron ni boleh pandang sebelah mata jer. Rasanya memang manis ditambah pula dengan filling yang terdiri daripada buttercream,peanut butter dan pelbagai jem kegemaran.

Tapi kali ni aku cuba buat untuk menambah pengalaman dan ilmu dalam dunia 'baking' ni. Hasil pembacaan daripada beberapa laman, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan Macaron ni...satu kaedah French dan satu lagi Italian method. Beza keduanya ialah penggunaan air gula yang panas. Dalam kaedah French meringue, hanya pukul putih telur dan gula icing hingga stiff baru dimasukkan bahan kering. Tetapi dalam Italian meringue, air gula yang dididihkan ikut suhu yang ditetapkan akan dituang ke dalam putih telur yang soft peak dan dipukul hingga nampak berkilat. Setelah itu barulah digaul dengan bahan kering.

Untuk kali pertama ni, aku guna kaedah Italian Meringue, memang agak mencabar tetapi hasilnya amat memuaskan. Tapi hasil yang pertama kurang menarik kerana aku kurang gaul sebati putih telur dengan serbuk badam. Selepas dipicit ke atas dulang pembakar, macaron tu nampak stif. So aku gaul sedikit lagi tetapi hati-hati jangan lama kerana adunan akan mencair jika terlalu lama digaul. Inilah yang memerlukan pengalaman untuk menentukan tahap adunan yang sesuai jatuhnya.



Gambar yang atas sekali ialah macaron yang tak diadun secukupnya....maka jadilah rupa macam tu. Gambar yang kedua pula merupakan adunan yang sebati dengan elok...bila kita picit ke atas dulang pembakar, ianya jatuh dengan elok saja. Macaron yang aku buat ni lebih kurang saiz duit syiling 50 sen. Kena biarkan lebih kurang 30 minit sebelum dibakar. Tujuannya untuk membentuk 'skirt' @ 'feet' di keliling Macaron apabila dibakar nanti.


beginilah rupa 'feet' @ 'skirt'nya...






Inilah hasil Macaronku yang sudah di'sandwich' dengan filling peanut butter.

                                                     
Ini pula hasil Macaron yang pertama tadi....teksturnya agak kering dan retak...tapi rasa tetap sedap.

1 comment:

* FAR * said...

bestnya.. tak pernah rasa pun..