Friday, August 21, 2009

Happy Birthday ...



Kek Coklat Span
1.6kg @ 9inci

Oder daripada Cikgu Faridah untuk murid2 prasekolahnya yang lahir dalam bulan ini. Terima kasih banyak2 kerana tak putus oder drp saya.

Sunday, August 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY AINA....


Kek Span Coklat
10inci

Kek ni oder drp Kak Sarina untuk birthday anaknya Aina, yang ke 3. Betul-betul tak dak idea untuk kek kali ini. Dengan tak berapa sihat ni, ini ajelah yang termampu kuhasilkan. Memula ingat nak tolak oder ni. Tapi kesian pula pada Kak Ina, sebab dia slalu oder kek untuk birthday anaknya. Tambahan pula dia memang dah buat persiapan goodies bag untuk rakan2 nursery anaknya. Terima kasih banyak2 ya Kak Ina.

Thursday, August 6, 2009

Kek Butter Prune

Layan gambar dulu ekk...resipi nanti update...line tenet kurang elok (dapat upload gambar ni pun dah kira lega...)

Okay ni resepinya:

250gm butter
240 gm tepung naik sendiri
200 gm gula
5 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar/ susu cair
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh soda bikarbonat
100gm prune - dipotong halus dan gaulkan dengan sedikit tepung.
50gm almond nibs
50gm chocolate chips

1. Satukan tepung dan soda, ayak.
2. Pukul butter dan gula hingga gebu.
3. Dalam bekas berasingan pukul telur dan esen vanila hingga betul2 kembang.
4. Satukan telur ke dalam adunan mentega dan sebatikan.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan buah prune dan coklat chip, sebatikan.
5. Lenserkan loyang, masukkan adunan dan taburkan almond nibs. Bakar hingga masak.

Thanks Anna....

Lately ni memang sibuk sangat, nak on internet pun tak sempat. Ditambah pula kurang sihat seminggu dua ni....darah sudah naik, phewww. Banyak benda nak kena settle. Tapi dinihari ni tak leh tidor lah pula so bangun senyap2, ambil laptop...on internet. Cemana pun nak kena update gambar2 oder ni. Jemput le tengok ye....biasa2 aje.


Kek Carrot with Cream Cheese Frosting
+2kg @ 13x7inci

Kek ni oder drp Mdm Anna untuk jamuan makan bersama-sama rakan2 nya pada 31 Julai aritu. Anna minta buatkan kek carrot yang beratnya dalam lingkungan 2kg. Masa buat kek ni memang tgh tak sihat, so idea tak brapa nak keluar untuk deko. Tapi alhamdulillah, feedback daripada teman2 Anna, depa suka dan amat berpuashati. So esoknya Cikgu Anna oder sebiji lagi untuk kawan2nya yang tak sempat makan dan yang nak makan lagi...hehehehe. Terima kasih banyak2 ya Cikgu Anna.


Kek Carrot with creamcheese frosting
7inci