Friday, February 4, 2011

Popia Cheese


Selalu sangat makan popia goreng yang penuh dengan sayuran. Semalam anak daraku minta buatkan popia yang banyak cheese. Katanya ala-ala western. Maka hari ni, rajinkan diri pergi ke Giant, mencari filet ayam dan cheese. Sampai rumah, terus masuk dapur memulakan projek. Resipinya senang saja kalau dah ada bahan-bahan. Sebenarnya inti ni boleh diolah ikut citarasa anda. Rasanya memang sedap, sebab penuh dengan chedar dan mozarella serta isi ayam.

Popia Cheese

Bahan-bahan:
2 ketul filet/isi ayam - rebus dan carik-carikan isinya 
1 batang lobak merah - sagat
2 biji bawang kuning - mayang
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 sudu makan oregano
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
1/2 ketul keju chedar - sagat
1 cawan keju mozarella sagat
beberapa keping kulit popia
1sudu tepung gandum campur sedikit air untuk dijadikan gam.

  • tumiskan bawang, masukkan carrot dan isi ayam, gaul rata.
  • setelah carrot agak layu, masukkan oregano,lada hitam, garam dan gula, gaul rata.
  • angkat inti dan biarkan sejuk sedikit. 
  • setelah inti sejuk, masukkan kedua-dua keju yang disagat tadi dan gaul rata.
  • ambil sekeping kulit popia, isikan inti dan gulungkan.
  • buat hingga habis, barulah digoreng.
  • hidangkan dengan sos kegemaran anda

1 comment:

Unknown said...

Kami mohon share resipi di page kami ya. Terima kasih puan.. Mahu cuba kelak.